video best :))

peace be upon you, readers..
today, al-jathiah xnk ckp byk..juz wanna sharing one video with u guys..
enjoy it! (enjoy kemanisan iman)






tetbe tringt kwn2 slalu ckp
"kalau kita xtrasa ape2 klu tgk benda2 yg boleh ingatkan kita kpd ALLAH, saat mne kte xtrasa while org lain trasa, bile hati susah sgt nk menangis sedangkan org lain menangis, mintaklah kt ALLAh supaya dikurniakan hati yang baru..insyaALLAH

smoga kita tergolong dalam kalangan orang yang sentiasa mendapat keredhaannya.. :D

DOA NABI YUNUS

Assalamualaikum....
Tadi, Ar-Rum pegi umah nenek..n nenek btaw pasal doa nabi Yunus.,sgt bgus doa ni..(doa ni u kakak ipar yg tgah mngandung sbnarnya).Tapi,boleh jugak untuk kita kan....
^_^
Tasbih Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. 



Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulallah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu : 

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ {87} 

Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. 
Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." 
SURAH AL-ANBIYAK(21):87 


Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain. 

Jadi, jikalau kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini. Disamping itu kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. Tatkala kita membacanya patut kita hayati sungguh-sungguh bahawa kita telah menzalimi diri kita. Oleh itu kita bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau besar, yang disedari atau tidak, terhadap manusia atau dosa terhadap Allah. Mudah mudahan Allah mengampunkan segala dosa kita dan melapangkan segala kesempitan kita. 

WAKTU MUSTAJAB BERDOA

Assalamualaikum..
hari ni, Ar-Rum nak share something yg Ar-Rum bace kat blog "Ateh"(pnceramah kat kem perkasa)...
http://www.zuhairinopiah.com/
panjang taw bende nih...tapi,bace eh..spendkan sikit mase...
^_^

Setiap amalan dalam Islam ada waktu-waktu tertentu yang lebih afdal untuk kita laksanakan. Contoh solat tahajjud dilaksanakan di waktu malam selepas solat Isya’ sebelum subuh. Puasa sunat pula digalakkan untuk berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis dan pertengahan bulan Islam (tiga hari puasa).                   
Begitu juga berdo’a kepada Allah s.w.t .  Ada waktu-waktu mustajab do’a yang perlu kita ketahui dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah s.w.t.  Menurut Ibn Atha’, do’a mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadhuk. Sayap-sayap do’a itu ialah berdo’a dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu.                   
Terdapat 22 waktu dimakbulkan do’a ialah :                  
 1.Berdo’a sewaktu hujan turun.             
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).        
2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.                  
3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.
     
4.Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah al-Fatihah.       
“Apabila imam mengatakan ‘Amin’, maka ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang mengucapkan ‘Amin’ bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)        
5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.    
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)        
          
6.Waktu di antara azan dan iqamah.     
 ”Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).         
  
7.Ketika sujud dalam solat.      
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).              
    
              
 8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.   
9.Selesai solat fardu.        
  
“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda, “Do’a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
  
10.Sepanjang waktu berpuasa.    
  
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)         
         
11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.  
    
12.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.
         
13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a.    
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).
  
14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.    
  
“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).        
          
15.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.  
  
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi)  
  
16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.  
        
“Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo’a kepada Allah lalu Allah terimanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)      
    
17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.          
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi.”          
18.Waktu menerima ujian.                  
“Atau siapakah yang memperkenankan do’a orang yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati  nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat 62)                  
19.Ketika berperang kerana Allah.          
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dua jenis do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)                  
20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.          
Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)          
21.Selepas saat kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.                  
22. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari)    Sahabat yang dimuliakan,                  
 Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo’a diwaktu-waktu mustajab do’a. Semoga dengan ikhtiar kita yang sedikit ini Allah perkenankan do’a-do’a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.             
(Dipetik dari buku 101 Do’a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)                  

Untuk adik-adik yang amat an-anur sayangi fillah..iA

Apa ntah yang hebat sangat tentang penguin? getusku di dalam hati. bukanlah bermaksud aku menidakkan kehebatan ciptaan Allah.. tidak jauh sekali....Aku tahu Allah maha hebat. Dia menciptakan sesuatu tiada yang sia-sia...

cuma... aku tak pernah tahu apa yang hebatnya dalam penciptaan penguin.

tapi kenapa penguin?? entahlah...mungkin adik ini buat aku ingin tahu tentang penguin.

penguin tak boleh terbang... semua orang tahu kot...but they can "fly" the way they are... can u imagine that a little cute penguin flies...not so high...but it's high enough till they can jump in and out of the sea...

namun out of all facts about penguin...i've discovered one "big" thing about this cute creature...

being a good murobbi...


pinguin betina hanya bertelur satu butir. Pinguin jantan bertanggung jawab untuk mengerami telur tersebut. Pada suhu serendah minus 30 derajat celcius pinguin jantan berusaha melaksanakan tugasnya tanpa bergerak selama 65 hari. Ini benar-benar merupakan saat yang berat bagi pinguin jantan. Karena mengerami telur, ia tidak dapat keluar untuk mencari makan. Sementara itu pinguin betina pergi mencari makan untuk anaknya yang akan segera menetas.

Dapatkah kalian bayangkan menunggu selama 65 hari tanpa makan apapun? Bagi manusia hal ini dapat mengantarkannya pada kematian. Namun pinguin menjalani pengorbanan ini tanpa menunjukkan ketidaksabaran atau kebosanan dan tetap melaksanakan tugas yang diilhamkan oleh Allah sampai selesai.
Setelah mengeram selama dua bulan, pinguin jantan kehilangan sepertiga berat tubuhnya. Pada kejadian yang sama, manusia dengan berat 60 kilogram akan berkurang 20 kilogram. Setelah telur menetas, bayi pinguin diletakkan di antara kedua kaki induknya selama satu sampai dua bulan. Perlindungan ini sangat penting untuk anak pinguin karena jika ia meninggalkan tempat yang hangat ini selama beberapa menit saja ia akan mati. Tentu saja Allahlah yang telah mengilhami mereka untuk melindungi anaknya dengan cara ini. Dari sini, sekali lagi, kita meyaksikan bahwa Allah adalah pelindung semua makhluknya.

amazing rite? papa penguin yang bertanggungjawab melindungi anak penguin sehingga anak itu mampu untuk survive.. saya rasa sangat kena dengan tanggung jwb sbg seorang murobbi... mendidik "ANAK" sehingga dia mampu "SURVIVE" dengan persekitarannya...dan dalam menjalankan tanggungjawab tersebut murobbi kena bersedia untuk berkorban seperti mana papa penguin berkorban untuk tidak "MAKAN" selama beberapa bulan...
tugas kita... melindungi mutarobbi...dari segala fitnah jahiliyyah dan persekitaran yang boleh "MEMATIKAN" mereka...
teringat kata seseorang... tugas kita as a murobbi adalah menempis segala BAHAYA yang mahu MEMAKAN mutarobbi yang kita jaga...

wahai adikku penguin....moga menjadi murobbi yang lebih hebat.... i know u can do it... kerana Allah yang memilihmu melalui jalan ini dan dirimu sendiri yang mahu untuk terus melaluinya.... maka harungilah ia walau sesukar manapun perjalanan yang bakal mendatangimu...kerana hanya dihujung jalannya nanti baru kita bakal temui apa yang kita selalu idami....