BERJUANG DI DUNIA DAN BERHARAP PERTEMUAN DI SYURGA


Adik-adik akak yang akak sayang
Sayang itu bukanlah sekadar pemanis ayat, atau sekadar pemanis bicara
InsyaAllah , sayang itu adalah kerana benar-benar sayang kerana Allah
Kerana akak mahu kita sama-sama berjuang di dunia untuk bertemu di syurga
Akak tujukan video ini khas untuk adik-adik yang akak sayangi dan cintai kerana ALlah
Kerana akak mengharapkan agar kita BERJUANG DI DUNIA DAN BERHARAP BERTEMU DI SYURGA
Luv u fillah .....

warghhh!!! mengantuknya~

Assalamualaikum sahabat fillah...
saya mengantuk sangat hari ni..mungkin sbb tidur dah tak menentu sejak berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan study sbg alat dakwah terbaik kot..InsyaAllah..(harap2 niat study saya ni kekal la kan..hehe)
disebabkan mengantuk yang teramat sangat hari ni,saya pun dengan boringnye, google la perkataan "mengantuk"..dan Alhamdulillah Allah ketemukan saya dengan satu blog yang share pasal mengantuk ni..saya nk share jugak dengan sahabat2 yang lain,so saya copy paste la info tu kat sini ok..moga sama2 dapat manfaat =)

ANDA RATU / RAJA MENGANTUK?
Anda seorang pelajar. Anda sering mengantuk sebaik memulakan membaca. Anda juga sering tertidur waktu kuliah.

Anda seorang eksekutif di pejabat. Anda sering tersenggut-senggut di meja.

Anda juga sering tertidur waktu berdiskusi dengan pelanggan. Apa lagi ketika menonton TV, membaca akhbar atau dalam bas atau pesawat (kecuali anda memang merancang untuk berehat dalam perjalanan yang jauh).

Bagaimana anda ketika berada di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh orang lain? Amat tidak menasabah anda tidur dalam keadaan orang itu bersusah payah memandu. Jika anda sendiri yang memandu dan anda tertidur selama 3 saat, anda mengundang maut.

JADI BAGAIMANA MENGATASI MENGANTUK?

1. Dapatkan tidur yang cukup. Berapa jam? 5 jam semalam sudah memadai - dari jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi. Tetapi anda sering tidur hingga 8 jam. Ini bermakna anda kerugian 3 jam sehari (1/8 hari). Jika anda berusia 24 tahun ini bermakna anda telah kerugian 3 tahun!

2. Jika anda terlalu letih dan memerlukan penumpuan di sebelah petang, tidurlah 30 - 45 minit sebelum waktu Zohor (tidur Qailullah - ini sunah Rasulullah SAW). 1 jam tidur Qailullah menyamai 3 jam tidur malam.

3. Bila anda belajar atau bekerja, anda mesti bersedia untuk melakukan 2 kerja:
a) Kerja utama.
b) Kerja sokongan yang aktif.

Sebaik anda mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan. Contoh kerja sokongan:
a) Mencari rujukan.
b) Menyusun fail atau data.
c) Bangun dan berkomunikasi sebentar dengan kawan atau rakan sejawat.
d) Mencari bahan dari Internet.

4. Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti:
a) Melakukan kerja sambil berdiri atau berjalan.
b) Melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap atau keluar bangunan.
c) Mengemas bilik pejabat atau bilik belajar sebentar.

5. Buat secawan kopi panas.

6. Berwuduk dengan memasang niat untuk menghalau syaitan.

7. Membaca akhbar (jangan lebih dari 10 minit).

8. Buat senaman setempat untuk meregangkan otot-otot yang letih seperti:
a) Meramas dan menggerakkan jari tangan dan kaki.
b) Menggerakkan bahu dan leher.
c) Meregangkan lengan.

IBU MENGELAKKAN MENGANTUK

Tanamkan motivasi yang tinggi untuk menyiapkan kerja anda dengan pencapaian yang paling cemelang. Anda hendaklah mengejar masa yang ada. Seolah-olah anda tidak ada masa untuk berpaling ke kiri dan ke kanan. Lakukan banyak item dalam masa yang singkat.

MAKANAN YANG MENYEBABKAN MENGANTUK

1. Makan pagi yang berat seperti nasi (makanan ini sesuai jika anda hendak bekerja keras seperti ke sawah atau ke ladang).
2. Nasi pulut.
3. Makan tengah hari yang berat.

MAKAN PAGI UNTUK MENGELAKKAN MENGANTUK


1. Bijirin yang mudah hadam dan memberi banyak tenaga.
2. Fresh orange.
3. Buah-buahan.
4. Air mineral.
5. Susu memeberi anda tenaga.

MENGELAKKAN MENGANTUK KETIKA KULIAH ATAU DISKUSI

1. Fokus.
2. Masukkan minat yang mendalam.
3. Catat menggunakan peta minda.
4. Pastikan anda mendengar dengan jelas.
5. Baca fikiran pensyarah atau pasangan diskusi anda.
6. Keluarkan pengalaman atau pengetahuan lalu sebagai input perbincangan semasa.

MENGELAKKAN MENGANTUK KETIKA DALAM KERETA

1. Mulakan topik perbualan atau perbincangan.
2. Kenali semua orang di dalam kereta tersebut.
3. Pandang jauh keluar.
4. Beri komen apa yang anda lihat di luar kereta.
5. Elakkan membaca ketika di dalam kereta.
6. Pasang muzik, radio atau bahan audio kegemaran anda. Mengapa anda tidak membelanjakan sedikit wang untuk membeli CD motivasi oleh motivator antarabangsa.
7. Anda boleh menghafal al-Quran menggunakan CD berkaitan.
8. Bayangkan aktiviti dan kegembiraan yang anda akan lalui di penghujung perjalanan.



ANDA MASIH MENGANTUK?

Itulah kelemahan makhluk manusia berbanding malaikat yang tidak pernah mengantuk dari mencatat setiap detik kebajikan dan dosa yang kita lakukan. Malaikat juga tidak pernah mengantuk dan letih dalam menarik matahari dan bulan mengikut orbit peredarannya.
Sampaikan malaikat juga tidak pernah mengantuk dari menggerakkan bulu mata kita ketika ada serangga yang terbang ke arahnya atau mengantuk ketika menggerakkan jantung dan darah kita ke segenap sel di tubuh badan.

Sedangkan anda?
 Kadang-kadang ketika memegang sebatang pen pun boleh terjatuh kerana mengantuk!


Dari Motivasi Haji Muhammad Zakaria, Bagaimana Mengatasi Mengantuk, January 31, 2009 <hajimuhammadzakaria.blogspot.com> 
(Date accessed: April 10, 2011)


"renung-renungkan~"



Comel kan =)


Selamat Menjadi Murabbi ~


Jangan kita menoleh ke belakang

Sesungguhnya seorang da’i harus mempunyai jiwa yang besar.
Memang tidak dinafikan jalan dakwah itu sukar!
Hanya jiwa yang besar saja yang mampu untuk meneruskan perjalanan dan memikul bebanan ini. Dan da’i  memang insan pilihan!
Insan yang Allah pilih untuk mengemban tugas berat ini.
Diantara jutaan manusia yang Allah ciptakan. Kita yang terpilih!
Walau kita berada didalam thoifah yang kecil tapi tugas dan tanggungjawab tetap sama. Untuk menyelamatkan seberapa ramai manusia dari menyembah kepada thagut dan kebendaan serta isme yang bermacam warna ini kepada addeeen yang syumul dan kita adalah perintis kepada khilafah yang hilang.
Tidak kah kita rasa bangga dan bertuah melata dibumi ini?
Dari setitis air kehinaan, Allah bangunkan kita dan saff kan kita disaff para pewaris Nabi.
Mungkin para intelektual banyak membaca sirah, tapi didunia realiti kita duduk didalam sirah.
Merasai asam garam perjuangan sekalipun tidak sehebat rasullulah, para sahabat dan para du’at terdahulu tapi sedikit sebanyak dapat juga kita rasakan kemanisan ruh dijalan ini. Dapat kita rasakan betapa nikmatnya munajat untuk mendoakan ummat ini dan dapat kita rasakan betapa lazat dan nikmatnya jiwa ini dapat hidup untuk orang lain dan bukan untuk diri sendiri.
Diri kita hanyalah kisah kecil dari sejarah dakwah.
Sekalipun tidak terkenal sebagai figur dibumi ini tapi kita adalah sebahagian kerlipan dari butir butir bintang yang bersinar sekalipun tidak seterang bulan kita tetap menyumbangkan cahaya keindahan untuk dilihat oleh generasi terkemudian.
Justru itu jiwa ini perlu kita program dan groom kan dia serta di canai untuk menjadi jiwa besar.
Berkemahuan keras untuk mencapai tahap tertinggi dan menuju maqam yang dikasihi Allah. Jiwa kita terletak pada apa yang ada didalam hati kita. Keinginan dan keenganan.  Kekuatan keyakinan atau kelemahan.
Jiwa yang mulia tidak rela dengan segala sesuatu kecuali yang paling tinggi, paling utama dan natijah nya adalah paling terpuji disisi Allah.
Dan da’i tidak sepatutnya mempunyai jiwa yang rendah yang hanya berkutat kepada apa yang ada. Tidak kreatif dan tidak dinamik menghadapi hidup yang akhirnya terjerembap sebagaimana lalat yang jatuh kedalam limbah.
Jiwa yang mulia tidak rela berleha leha dengan kelazatan dunia. Dengan kerja kerja dunia yang tidak pernah habis sekadar untuk memuaskan hawa nafsu dan mengumpulkan kekayaan. Terperosok dengan keglamouran atas nama da’i tetapi da’i yang telah distappler dengan kemalasan, dengan kejumudan lingkungan nya sahaja.
Aku bukan da’i yang hebat! Namun aku punya jiwa yang besar dan berkemahuan tinggi. Sebab itu aku suka untuk menulis sejarah manusia yang hebat hebat supaya aku dapat jazamkan ruh perjuangan mereka didalam ruh ku yang kerdil ini.
Supaya bulu roma ku sentiasa meremang dijalan dakwah ini.
Supaya semangatku sentiasa membara untuk membakar  rawasib2 jahiliyah diperjalanan ini.
Supaya airmata ku, ku simbah pada doa dan munajat untuk aku buktikan aku mencintai ummah ini.
Mencintai deen ini. Menrindui daulah islam dan ingin merasa bersimpuh dibawah naungan khalifah dan menurut segala perintahnya dengan samiqna wa ataqna!
Aku tidak memiliki apa apa didunia ini kecuali hati yang celik dan sadar sertakemahuan yang kuat untuk terus bergerak semampu mungkin.
Dan pastinya aku tidak akan menoleh kebelakang untuk mengintai jalan pulang!
Aku selalu menghalakan basirahku kedepan dan merelakan pemikiran ku supaya sentiasa bergayut kepada maut dan aku ingin memandang maut itu sebagai satu kenikmatan dan aku ingin mati didalam kenikmatan itu.
Aku ingin menjadi lebih berani dengan maut supaya jiwa ku memandang maut ini hanyalah urusan kecik yang pasti datang bila bila masa pun supaya aku dapat memandang jauh dengan kehidupan dakwah yang lebih besar ini untuk aku merakamkan amal amal ku supaya dapat mengubat luka maut yang amat amat kita takuti kesakitannya!
Dalam usia melebihi suku abad ini aku sentiasa melihat maut disetiap tempat dan ini membangunkan semangat ku untuk hidup didalam kehidupan.
Serasa nya kalau boleh aku tidak mahu memikirkan dan membuang masa untuk menguruskan kepentingan diri sendiri kerana ku rasakan hidup ini pendek. Pendek dan sempit dan pastinya aku takut aku diblender dan dikitar dengan nafsu serakah yang tak pernah puas.
Apalah ada dengan sebuah kehidupan yang bangun pagi, bekerja, pulang kerumah, menonton Tv dan dan tidur serta berulang alik kemasjid dan surau dan menunggu mati.
Atau sebagai seorang pelajar, pergi kekuliyyah, pulang menelaah pelajaran sampai tengah malam,  esok kuliah  lagi, berhujung minggu, bersantai dan cuti semester melancong dan bila peperiksaan hampir, bermunajat pada Allah untuk score dan memperolehi keputusan yang baik dan cemerlang  tanpa memikirkan tentang ummah dan dakwah ini?
Inikah dia intelektual harapan yang ingin kita jadikan sebagai dahan untuk ditengek oleh Islam diatasnya?  Yang mana hidup mereka tidak pernah untuk memikirkan ummah ini!
Inilah yang banyak ku lihat dalam perjalanan suci ini.
Dihamparan dunia ini dan didalam pengalaman yang telah ku lalui.
Aku lihat manusia yang jiwa kecil ini hanya bergantungan dengan Allah pada zaman zaman mereka lemah dan punya masaalah dan zaman himpitan kepapaan sahaja.
Bila mereka terasa kuat dan berjaya, memperolehi apa yang ingin dimiliki, mereka melupai Allah! Melupai dakwah. Melupai masuliyah yang tergantung dileher leher mereka tanpa tali yang mengikat!
Mereka terpedaya dengan kekuatan mereka lantas leka hingga tidak memerlukan Allah lagi.
Seolah olah kelemahan dan kepapaanlah yang membuka minda dan pemikiran mereka terhadap Allah sedangkan bila mereka berjaya dan beroleh kekayaan menutupi mata dan hati mereka kepada Allah.
Inikah dia intelektual islam yang dikatakan telah diwarnakan dgn islam dan ditarbiyah diluar negara dan didalam negara sendiri?
Atau mereka hanya dikandang dan dikepung oleh pelbagai jenama jamaah sehingga ruh mereka jumud  dan keras hingga tidak boleh dibentuk lagi!
Tidak hairanlah kita kehilangan mereka apabila ribuan dan jutaan yang keluar saban tahun dari institusi yang ketandusan ruh kesedaran ini!
Apakah 30 juzuk alquran yang diwasiatkan dan berjuta hadith yang ditinggalkan oleh Nabi yang mulia kepada kita, untuk kita menghabiskan hidup dengan cara begini?
Bagi ku ini bukan kehidupan, tapi adalah mesin yang dienginkan.
Aku tidak mahu nilai mulia sorang manusia yang Allah rakamkan didalam alQuran , aku letak kan setaraf engin kereta atau engin mesin rumput yang digerakan oleh ciptaan manusia juga bukan dari nur Allah yang suci!
Aku ingin puas dengan hidup ini. Puas dengan penyerahan dan penghambaan kepada kecenderungan ilahi.
Prinsip ku tetap tegas.
Allah matlamatku.
Namun jika kamu juga punya prinsip seperti ku tidak ada ertinya tanpa  dogma yang aktual dan daya dorong yang kuat!
Daya dorong adalah disebabkan oleh cita cita kita yang kuat!
Cita cita yang luhur tidak akan hidup kecuali dalam cita yang baik.
Ingin ku bisikan kepada kamu bahwa cinta kita bukan datang terkemudian tapi cinta itu wajib datang  terlebih dahulu  sebelum bertandang dalam keindahan kehidupan ini.
Dan fahamilah cinta itu tidak ada pembahagian dan pecahan tetapi kesatuan.
Sebab itu jika kamu mencintai Allah. Kamu pasti akan mencintai dakwah. Dan jika kamu mencintai dakwah pasti kamu akan mencintai orang2 yang berada dalam jalan dakwah dan kebahgiaan kamu adalah untuk membina keluarga dakwah dan negara dakwah.
Dan inilah Kesatuan.
Wehdah! Yang ingin kita bina.
Dan cinta bukan untuk kamu sekularkan dan kamu letakkan didepan atau kemudian atau bezakan kerana induk cinta kita adalah Mardhatillah.
Dan jika benar kita ingin bersama dijalan ini, kita boleh lakarkan kembali peta perjuangan kita kedepan kerana pintu  ini tidak pernah tertutup untuk kita memasukinya kerana ujian ujian yang sama sama kita lalui sekarang adalah sebahagian dari proses ukuhuwah kita untuk kita dapatkan patinya supaya langkah kita seterusnya akan lebih mantap dalam membina jalinan suci dalam meneruskan hidup kita 50 atau 60 tahun akan datang Insyaalah ….
….. dan kerana itu kita jangan menoleh kebelakang …..


Adik-adikku,
Walau apa pun terjadi, teruslah bergerak,bergerak bergerak dan melakukan kerja ini. Kerana Allah pasti memberi kamu kefahaman, keyakinan, dan kekuatan jika kamu terus berada di jalan ini. Jika kamu hanya statik, ada yang kamu akan pelajari TETAPI kamu akan lebih banyak persoalan-persoalan yang membelenggu yang hanya boleh dijawab dan difahami jika kamu BERGERAK...Ayuh!!! kita bergerak!!! 

NeW InsPiRatioN =)

Shukran Jazilan kepada adik2 yang ingatkan akak2 yang tengah penat berlari menuju ke IB exam 2011 tentang pentingnya untuk terus berlari..di samping pertolongan Allah yang setia menjadi stalker kita semua..Alhamdulillah =D


KU BERLARI 







Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…
Berlari..