Solat....Remeh Ke?

Assalamualaikum readers! =)

InsyaAllah saya nak share sikit pasal apa yg saya dengar kt masjid tadi...pasal rukun solat..sounds familiar kan? sgt familiar sampaikan ramai yang neglect semua benda2 ni..


  • yang pertama, niat..banyak percanggahan pendapat yang menghuraikan tentang rukun solat yang pertama ni..ada yang kata niat sebelum takbir, niat semasa takbir dan niat selepas takbir..tapi apa yang saya belajar dan apa yang ustaz tadi sampaikan adalah kita kena niat within lafaz Allahuakbar tu je which is semasa takbir..niat ni ada 3 bahagian: Qasad, Taarud dan Taayin.
  • Qasad: Sahaja aku sembahyang
  • Taarud: fardhu/sunat
  • Taayin: maghrib/isya'/subuh/zohor/asar

  • Gabungannnya: contoh: Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib
  • Bagi solat fardhu, wajib untuk kita niat menggunakan ketiga-tiga bahagian ni (macam yang saya bagi contoh kat atas). tapi untuk solat sunat,cukup sekadar kita niat "sahaja aku solat hajat" contohnya. tak perlu bahagian 'taarud' tu..
  • untuk rukun kedua- takbiratul ihram
  • takbiratul ihram ni adalah signifikan bagi kita diharamkan buat segala perkara yang kita boleh buat di luar solat contohnya ketawa, borak-borak, makan.
  • Masa solat jemaah, makmum kena angkat takbir SELEPAS imam selesai mengangkat takbir. tak boleh semasa imam angkat takbir. kalau tak, tak sah la sembahyang jemaah kita..

Macam dalam satu hadith Rasulullah S.A.W. mafhumnya;
"Imam dijadikan untuk diikuti, maka apabila imam selesai mengangkat takbir barulah makmum boleh mengangkat takbir, apabila imam rukuk barulah makmum boleh rukuk."

memang la ada hadith Nabi Muhammad tentang Takbiratul Ula which takbir bersama-sama Imam tapi tak bermakna kena takbir serentak dengan imam..takbiratul Ula ni dikira untuk makmum yang tak masbuk n bersama-sama imam dalam rakaat pertama.

Hadith Rasulullah S.A.W. mafhumnya;
"Siapa yang dapat Takbiratul Ula (takbir bersama-sama imam) untuk setiap waktu solat selama 40 hari, Allah menjanjikan dua pelepasan iaitu pelepasan daripada sifat-sifat orang munafik dan pelepasan daripada api neraka."

Hah,bukan senang nak dapat pelepasan daripada api neraka. nak dapat takbir bersama imam tu, banyak dugaannya especially dari musuh kita yang nyata..SYAITAN! kadang2 hari ke-40 tu pulak la ada benda yang menghalang daripada dapat takbir bersama-sama imam ni..

ermm...sebenarnya saya nak curhat (bagi feedback) daripada apa yang saya dapat dari malam ni..masa ceramah tadi, saya terfikir yang ramai jugak sahabat2 kita yang ambil ringan hal solat ni..pada hakikatnya, solat ni pun salah satu aset terpenting untuk kita capai keredhaan dan cinta Allah kan..i admit that we can go to Syurga based on Allah's blessing and not based on our ibadah only. But to gain Allah's blessing, we have to do whatever He wants us to do no matter how hard or how small the matter is..And solat is one of the ways to gain Allah's blessing,right? so, selain dari pemantapan aqidah yang kita semua cuba lakukan, don't take for granted about solat, ok guys? 

Semoga sama2 mendapat keredhaan Allah, cinta Allah, kemanisan iman dan kelazatan beribadah..
Dan semoga kita tergolong di dalam golongan yang sedikit itu (golongan yang bersyukur) 

Wassalam~