Sesungguhnya seorang da’i harus mempunyai jiwa yang besar.
Memang tidak dinafikan jalan dakwah itu sukar!
Hanya jiwa yang besar saja yang mampu untuk meneruskan perjalanan dan memikul bebanan ini. Dan da’i memang insan pilihan!
Insan yang Allah pilih untuk mengemban tugas berat ini.
Diantara jutaan manusia yang Allah ciptakan. Kita yang terpilih!
Walau kita berada didalam thoifah yang kecil tapi tugas dan tanggungjawab tetap sama. Untuk menyelamatkan seberapa ramai manusia dari menyembah kepada thagut dan kebendaan serta isme yang bermacam warna ini kepada addeeen yang syumul dan kita adalah perintis kepada khilafah yang hilang.
Tidak kah kita rasa bangga dan bertuah melata dibumi ini?
Dari setitis air kehinaan, Allah bangunkan kita dan saff kan kita disaff para pewaris Nabi.
Mungkin para intelektual banyak membaca sirah, tapi didunia realiti kita duduk didalam sirah.
Merasai asam garam perjuangan sekalipun tidak sehebat rasullulah, para sahabat dan para du’at terdahulu tapi sedikit sebanyak dapat juga kita rasakan kemanisan ruh dijalan ini. Dapat kita rasakan betapa nikmatnya munajat untuk mendoakan ummat ini dan dapat kita rasakan betapa lazat dan nikmatnya jiwa ini dapat hidup untuk orang lain dan bukan untuk diri sendiri.
Diri kita hanyalah kisah kecil dari sejarah dakwah.
Sekalipun tidak terkenal sebagai figur dibumi ini tapi kita adalah sebahagian kerlipan dari butir butir bintang yang bersinar sekalipun tidak seterang bulan kita tetap menyumbangkan cahaya keindahan untuk dilihat oleh generasi terkemudian.
Justru itu jiwa ini perlu kita program dan groom kan dia serta di canai untuk menjadi jiwa besar.
Berkemahuan keras untuk mencapai tahap tertinggi dan menuju maqam yang dikasihi Allah. Jiwa kita terletak pada apa yang ada didalam hati kita. Keinginan dan keenganan. Kekuatan keyakinan atau kelemahan.
Jiwa yang mulia tidak rela dengan segala sesuatu kecuali yang paling tinggi, paling utama dan natijah nya adalah paling terpuji disisi Allah.
Dan da’i tidak sepatutnya mempunyai jiwa yang rendah yang hanya berkutat kepada apa yang ada. Tidak kreatif dan tidak dinamik menghadapi hidup yang akhirnya terjerembap sebagaimana lalat yang jatuh kedalam limbah.
Jiwa yang mulia tidak rela berleha leha dengan kelazatan dunia. Dengan kerja kerja dunia yang tidak pernah habis sekadar untuk memuaskan hawa nafsu dan mengumpulkan kekayaan. Terperosok dengan keglamouran atas nama da’i tetapi da’i yang telah distappler dengan kemalasan, dengan kejumudan lingkungan nya sahaja.
Aku bukan da’i yang hebat! Namun aku punya jiwa yang besar dan berkemahuan tinggi. Sebab itu aku suka untuk menulis sejarah manusia yang hebat hebat supaya aku dapat jazamkan ruh perjuangan mereka didalam ruh ku yang kerdil ini.
Supaya bulu roma ku sentiasa meremang dijalan dakwah ini.
Supaya semangatku sentiasa membara untuk membakar rawasib2 jahiliyah diperjalanan ini.
Supaya airmata ku, ku simbah pada doa dan munajat untuk aku buktikan aku mencintai ummah ini.
Mencintai deen ini. Menrindui daulah islam dan ingin merasa bersimpuh dibawah naungan khalifah dan menurut segala perintahnya dengan samiqna wa ataqna!
Aku tidak memiliki apa apa didunia ini kecuali hati yang celik dan sadar sertakemahuan yang kuat untuk terus bergerak semampu mungkin.
Dan pastinya aku tidak akan menoleh kebelakang untuk mengintai jalan pulang!
Aku selalu menghalakan basirahku kedepan dan merelakan pemikiran ku supaya sentiasa bergayut kepada maut dan aku ingin memandang maut itu sebagai satu kenikmatan dan aku ingin mati didalam kenikmatan itu.
Aku ingin menjadi lebih berani dengan maut supaya jiwa ku memandang maut ini hanyalah urusan kecik yang pasti datang bila bila masa pun supaya aku dapat memandang jauh dengan kehidupan dakwah yang lebih besar ini untuk aku merakamkan amal amal ku supaya dapat mengubat luka maut yang amat amat kita takuti kesakitannya!
Dalam usia melebihi suku abad ini aku sentiasa melihat maut disetiap tempat dan ini membangunkan semangat ku untuk hidup didalam kehidupan.
Serasa nya kalau boleh aku tidak mahu memikirkan dan membuang masa untuk menguruskan kepentingan diri sendiri kerana ku rasakan hidup ini pendek. Pendek dan sempit dan pastinya aku takut aku diblender dan dikitar dengan nafsu serakah yang tak pernah puas.
Apalah ada dengan sebuah kehidupan yang bangun pagi, bekerja, pulang kerumah, menonton Tv dan dan tidur serta berulang alik kemasjid dan surau dan menunggu mati.
Atau sebagai seorang pelajar, pergi kekuliyyah, pulang menelaah pelajaran sampai tengah malam, esok kuliah lagi, berhujung minggu, bersantai dan cuti semester melancong dan bila peperiksaan hampir, bermunajat pada Allah untuk score dan memperolehi keputusan yang baik dan cemerlang tanpa memikirkan tentang ummah dan dakwah ini?
Inikah dia intelektual harapan yang ingin kita jadikan sebagai dahan untuk ditengek oleh Islam diatasnya? Yang mana hidup mereka tidak pernah untuk memikirkan ummah ini!
Inilah yang banyak ku lihat dalam perjalanan suci ini.
Dihamparan dunia ini dan didalam pengalaman yang telah ku lalui.
Aku lihat manusia yang jiwa kecil ini hanya bergantungan dengan Allah pada zaman zaman mereka lemah dan punya masaalah dan zaman himpitan kepapaan sahaja.
Bila mereka terasa kuat dan berjaya, memperolehi apa yang ingin dimiliki, mereka melupai Allah! Melupai dakwah. Melupai masuliyah yang tergantung dileher leher mereka tanpa tali yang mengikat!
Mereka terpedaya dengan kekuatan mereka lantas leka hingga tidak memerlukan Allah lagi.
Seolah olah kelemahan dan kepapaanlah yang membuka minda dan pemikiran mereka terhadap Allah sedangkan bila mereka berjaya dan beroleh kekayaan menutupi mata dan hati mereka kepada Allah.
Inikah dia intelektual islam yang dikatakan telah diwarnakan dgn islam dan ditarbiyah diluar negara dan didalam negara sendiri?
Atau mereka hanya dikandang dan dikepung oleh pelbagai jenama jamaah sehingga ruh mereka jumud dan keras hingga tidak boleh dibentuk lagi!
Tidak hairanlah kita kehilangan mereka apabila ribuan dan jutaan yang keluar saban tahun dari institusi yang ketandusan ruh kesedaran ini!
Apakah 30 juzuk alquran yang diwasiatkan dan berjuta hadith yang ditinggalkan oleh Nabi yang mulia kepada kita, untuk kita menghabiskan hidup dengan cara begini?
Bagi ku ini bukan kehidupan, tapi adalah mesin yang dienginkan.
Aku tidak mahu nilai mulia sorang manusia yang Allah rakamkan didalam alQuran , aku letak kan setaraf engin kereta atau engin mesin rumput yang digerakan oleh ciptaan manusia juga bukan dari nur Allah yang suci!
Aku ingin puas dengan hidup ini. Puas dengan penyerahan dan penghambaan kepada kecenderungan ilahi.
Prinsip ku tetap tegas.
Allah matlamatku.
Namun jika kamu juga punya prinsip seperti ku tidak ada ertinya tanpa dogma yang aktual dan daya dorong yang kuat!
Daya dorong adalah disebabkan oleh cita cita kita yang kuat!
Cita cita yang luhur tidak akan hidup kecuali dalam cita yang baik.
Ingin ku bisikan kepada kamu bahwa cinta kita bukan datang terkemudian tapi cinta itu wajib datang terlebih dahulu sebelum bertandang dalam keindahan kehidupan ini.
Dan fahamilah cinta itu tidak ada pembahagian dan pecahan tetapi kesatuan.
Sebab itu jika kamu mencintai Allah. Kamu pasti akan mencintai dakwah. Dan jika kamu mencintai dakwah pasti kamu akan mencintai orang2 yang berada dalam jalan dakwah dan kebahgiaan kamu adalah untuk membina keluarga dakwah dan negara dakwah.
Dan inilah Kesatuan.
Wehdah! Yang ingin kita bina.
Dan cinta bukan untuk kamu sekularkan dan kamu letakkan didepan atau kemudian atau bezakan kerana induk cinta kita adalah Mardhatillah.
Dan jika benar kita ingin bersama dijalan ini, kita boleh lakarkan kembali peta perjuangan kita kedepan kerana pintu ini tidak pernah tertutup untuk kita memasukinya kerana ujian ujian yang sama sama kita lalui sekarang adalah sebahagian dari proses ukuhuwah kita untuk kita dapatkan patinya supaya langkah kita seterusnya akan lebih mantap dalam membina jalinan suci dalam meneruskan hidup kita 50 atau 60 tahun akan datang Insyaalah ….
….. dan kerana itu kita jangan menoleh kebelakang …..
Adik-adikku,
Walau apa pun terjadi, teruslah bergerak,bergerak bergerak dan melakukan kerja ini. Kerana Allah pasti memberi kamu kefahaman, keyakinan, dan kekuatan jika kamu terus berada di jalan ini. Jika kamu hanya statik, ada yang kamu akan pelajari TETAPI kamu akan lebih banyak persoalan-persoalan yang membelenggu yang hanya boleh dijawab dan difahami jika kamu BERGERAK...Ayuh!!! kita bergerak!!!