Assalamualaikum akhwat fillah. Salam mujahdah adik-adik akak yang akak sayang kerana Allah insyaAllah..
For those yang pergi Perkampungan Tarbiyah pasti tahu apa yang akak bakal sharekan .Something to think and something to ponder untuk akak especiallynya .Pengisian by ustaz faridul bertajuk Rabbaniyah Dakwah memang mantap!!(dah 2 x dengar actually :p)
Tapi bukan itu yang akak nak share, akak nak share mukadimah yang ustaz bagi before masuk kepada tajuk
Akak datang lambat, so xtau sejauh mana akak ketinggalan. Akak nak share tentang 2 golongan yang kita susah untuk berlaku adil. Afi,Arina, Odah still ingat??? Harap antunna boleh tolong top up kan k. (Jazakillah in advance) “Baliighu annii walau ayyah..!”. ===> “sampaikan walaupun hanya satu ayat”.
2 golongan yang kita susah berlaku adil
1) Golongan yang kita sayang (diri sendiri, keluarga, mad’u/mutarobbi, murobbi, usrahmates, akhwat, kawan baik, etc…)
ـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُہَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَۚ إِن يَكُنۡ غَنِيًّا أَوۡ فَقِيرً۬ا فَٱللَّهُ أَوۡلَىٰ بِہِمَاۖ فَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلۡهَوَىٰٓ أَن تَعۡدِلُواْۚ وَإِن تَلۡوُ ۥۤاْ أَوۡ تُعۡرِضُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرً۬
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (4:135)
2) Golongan yang memang kita benci (ni akak nak mintak ODAH, ARINA dan AFI terangkan...untuk yang kat atas pun kalau antunna nak tambah sila2)
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (5:8)
p/s : Bagi akak untuk berlaku adil pada orang yang kita sayang lagi susah dari orang yang kita benci...Sebab kalau kita benci, kita dah tau mende tu xbaik (which is benci orang tu x baik) so kita akan cuba gak untuk berlaku adil. Tapi kalau untuk berlaku adil pada orang kita sayang, sometimes kita xsedar pun yang kita berlaku x adil pada dia..
0 comments:
Post a Comment