Golongan yang kita susah untuk berlaku adil ......

Assalamualaikum akhwat fillah. Salam mujahdah adik-adik akak yang akak sayang kerana Allah insyaAllah..

For those yang pergi Perkampungan Tarbiyah pasti tahu apa yang akak bakal sharekan .Something to think and something to ponder untuk akak especiallynya .Pengisian by ustaz faridul bertajuk Rabbaniyah Dakwah memang mantap!!(dah 2 x dengar actually :p)

Tapi bukan itu yang akak nak share, akak nak share mukadimah yang ustaz bagi before masuk kepada tajuk
Akak datang lambat, so xtau sejauh mana akak ketinggalan. Akak nak share tentang 2 golongan yang kita susah untuk berlaku adil. Afi,Arina, Odah still ingat??? Harap antunna boleh tolong top up kan k. (Jazakillah in advance) “Baliighu annii walau ayyah..!”.  ===> “sampaikan walaupun hanya satu ayat”. 

2 golongan yang kita susah berlaku adil

1) Golongan yang kita sayang (diri sendiri, keluarga, mad’u/mutarobbi, murobbi, usrahmates, akhwat, kawan baik, etc…)

ـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُہَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ‌ۚ إِن يَكُنۡ غَنِيًّا أَوۡ فَقِيرً۬ا فَٱللَّهُ أَوۡلَىٰ بِہِمَا‌ۖ فَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلۡهَوَىٰٓ أَن تَعۡدِلُواْ‌ۚ وَإِن تَلۡوُ ۥۤاْ أَوۡ تُعۡرِضُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرً۬

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (4:135)

Ini persoalan yang timbul dalam fikiran akak sebaik sahaja ustaz cakap pasal golongan ini. Akak fikirkan antunna (orang-orang yang akak terlalu sayang. InsyaAllah). Sebab apa? sebab antunna la harta akak.Harta yang lagi berharga dari duit emas atau segala. Apa yang akak terfikir??

"Ya Allah..Adakah aku adil terhadap mereka atau aku terlalu ikut kata mereka kerana sayang sedangkan aku patut bertegas kepada mereka (tetapi tidaklah sampai menolak hak kemanusiaan mereka) untuk dakwah dan tarbiyah mereka??" 

"Mungkin kalau tiada unsur2 emosi mereka akan lebih laju dalam jalan ini.. x boleh2..Rasulullah pun suruh berkasih-sayang.. ada bnyk dalam al-quran + hadis tentang kasih sayang sesama muslim" (monolog)

Ntah apa-apa kan akak ni....huhuhu..tapi tu la yang terjadi waktu ustaz cakap. dan waktu tu fikiran akak ligat berfikir apa yang akak dah buat dekat antunna.. Risau sebab khilaf akak, akak berlaku tidak adil pada antunna. Tidak kira pada yang join PT atau tidak. Mungkin pada yang join PT akak terlalu mendesak pada antunna untuk hadir sampai lupa untuk konsider hak kemanusiaan antunna (ok..harap arina boleh terangkan ..perempuan mengandung tu) dan pada yang xjoin PT mungkin sebab terlalu sayang kan, akak xcuba untuk tanya dan clearkan sebaik mungkin kenapa antunna xdatang. Mungkin akak boleh bantu masalah antunna so that you can join that PT (tapi akak menerima alasan antunna bulat2..mungkin sebab terlalu sayang or mungkin sebab akak percaya sangat pada antunna). Asif jiddan adik-adikku andai akak tidak berlaku adil pada antunna. Khilaf akak. Allah dah takdirkan akak dengar pengisian ustaz semalam pasti Allah ingin memberitahu sesuatu pada akak, pada yang mendengar juga (afi,arina,odah) dan pada antunna juga yang baca post ini. Allah tidak akan jadikan sesuatu itu sia-siakan .. :)
 “Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang menjadi tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata), Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia” (Al-Imran : 190 - 191)

Jadi, Allah tidak akan takdirkan kita semua dengar/baca tentang 2 golongan ini kalau bukan untuk refleks pada diri kita sendri terutamtna




2) Golongan yang memang kita benci (ni akak nak mintak ODAH, ARINA dan AFI terangkan...untuk yang kat atas pun kalau antunna nak tambah sila2)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (5:8)


p/s : Bagi akak untuk berlaku adil pada orang yang kita sayang lagi susah dari orang yang kita benci...Sebab kalau kita benci, kita dah tau mende tu xbaik (which is benci orang tu x baik) so kita akan cuba gak untuk berlaku adil. Tapi kalau untuk berlaku adil pada orang kita sayang, sometimes kita xsedar pun yang kita berlaku x adil pada dia.. 

Jangan pula kita jadi macam ni

"Bila kitamenyayangi seseorang, kita meletakkan dia di petala ke 7,
Bila kita mula membenci seseorang, kita letakkan dia di bumi dan dipijak-pijak"


lupakah kita pada kata-kata Rasulullah

“Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat
nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu
pada suatu saat nanti.” -dipetik dari virus-virus ukhwah-

Kau Pemilik

Pemilik alam,
setiap daun yang gugur
kau tahu,
setiap angin yang bertiup 
kau perintah,
aku tak mampu sembunyi
pasti kau ketemu.

Pemilik hati,
setiap niat ku terlintas
kau mengerti,
setiap ragu ku alami
kau fahami,
ingin dipahat namamu di hati
walau sukar,
tak mudah hilang.

Pemilik nyawa,
setiap alir darah ke jantung 
kau pelihara,
setiap nyawa yang terancam
kau jaga,
terasa kecil tika di sisimu
tak mungkin dapat mendabik dada.


Pemilik segalanya,
Kau sentiasa melihat,
Dari sekecil zarah
hingga seluas lautan tak berpenghujung.
Namun,
kenapa masih ada yang lalai?

copyright reserved. nukilan>> al-insyirah
buat muhasabah kita semua  ^_^