Sebarkan Salam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh...

First of all, kami nak mntak maaf sebab dah lama sangat tak update blog kami ni..dah agak bersawang dah ni..bukan laman sesawang tapi laman bersawang..tapi InsyaAllah lepas ni kami akan try improve..Asif Jiddan..


secondly, dah baca kan ucapan salam yg saya bagi kat anda semua kat atas tu? haa...lepas ni, sama2 la kita amalkan ucapan salam tu..lebih afdhal..lagipun, kita semua kena lah faham apa maksud disebalik ucapan salam tu...kita bagi salam bukan untuk cakap salam sejahtera je tau tapi sebenarnya ada makna lagi besar daripada tu..sepatutnya masa kita bagi salam tu, kita kena sungguh2 sangat dengan niat untuk mendoakan semua orang yang kita tujukan salam tu agar mereka sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah.. 


Bukan tu je ~
bila bagi salam tu, dalam erti kata yang lebih mendalam, kita juga bertanya kepada saudara seagama kita:
"Apa khabar semua? macam mana iman kamu? sihat ke? cukup makan ke rohani kamu? macam mana hati kamu? ok lagi ke? harap2 ok la ye..." 
Haa..sebab tu la kena sungguh2 bila bagi salam kat orang..and sebab tu juga la kita wajib jawab salam secara sungguh2 juga...jangan sambil lewa je...besar maknanya tau..

*peringatan* jangan pulak bagi salam "semekom", macam takde makna je kan =)



kat sini saya ada copy paste tentang etika memberi salam daripada http://www.sabahan.net/forum/showthread.php?tid=2950

Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai, di dalam hadis Anas tersebut bahawa ' Nabi saw apabila baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali'

(Riwayat Al-Bukhari)

Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:

1- orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.

2- Orang yang berdiri/ berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.

3- Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.

4- Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.

5- disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur. 

6- Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke suatu majlis dan ketika keluar dari majlis.

7- Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.

8- Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.

9-Disunatkan memberi salam kepada anak anak/suami/istri/.sahabat

10- Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.

11- Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.

12- Jangan memberi salam dengan isyarat kecuali andai ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.

13- Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.

14- Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa bersalam...


(sumber: Adab Al-Muslim fi Al-Yaum Wa Al- Lailah)


Renung2kan dan selamat beramal semua...Jangan lupa sertakan senyuman anda yang manis tu masa bagi salam ye! =)

Untuk perbincangan: kalau jadi macam gambar yang atas ni, boleh ke? sila bincangkan.=)

~Bingkisan dari Allah melalui perantara yang bernama Al-Insyirah~

4 comments:

er..err.err...
al-insyirah, nak bincang dalam usrah ke?
huhu
ansarullah91 lain??

 

er..err.err...
al-insyirah, nak bincang dalam usrah ke?
huhu
ansarullah91 lain??

 

bukan la...kalau boleh bncang kat cni la..bru sume org tau.. =)

 

assalamualaikum semua...:)

ha'a la...bru nk tnye.... klu kite bg salam kt blainan jantina boleh ke? huhu...

anyway, nice! mekasih...i-Allah...mari sebarkn salam....(ikan, kne ingt ni...jgn masam muke...kne selalu maniskn muke dn sampaikn la salam...i-Allah...:))