Assalamualaikum wbt..
insyaAllah ana nk share sikit pasal apa yang ana baru dapat semalam..
tentang naik turunnya iman, dan levels of faith..
kita selalu dengar kan orang ckp “ala,biasa la tu..iman kana da naik
turunnya..sekali sekala tertinggal solat,maknanya normal la tu..”
Hmm…konsep ni sebenarnya salah kot kan..sebab bila mana kita dah
berani meninggalkan solat,berani ke kita nak mengaku kita beriman kepada
Allah?sebab Allah kan tengok je kita buat apa every second. So, kat sini ana nk
share la satu diagram baru yang ana baru dapat..
Okay, sekarang ni kita ada diagram ni, ana nak elaborate sikit..kalau
kita cakap kita beriman, memang ulama’-ulama’ sepakat mengatakan yang kita tak
boleh cakap “kita beriman, InsyaAllah” sebab ayat tu bermaksud, kalau Allah
izinkan, aku berimanlah..sebab bila kita cakap kita beriman, kena dengan hati
yang yakin..so, sepatutnya “Aku beriman!”
Dan bila kita beriman, of course la 100% kan..mana boleh seseorang tu
beriman, tapi kadang2 dia kata, “boleh la, aku beriman la jugak
sikit-sikit..mesti la aku percaya Allah..tapi azab kubur tu aku tak nampak pun
bila aku pergi kubur..macam takde je..” Huhu..susah la kan kalau camtu..maknanya
itu bukan iman, tapi dah turun tahap menjadi Dzan atau Syak (boleh rujuk kat
atas) kalau iman, sepatutnya turun naiknya pun must be within 100% which is
kalau turun tu, macam malas sikit nak buat yang sunnah tapi yang fardhu tetap
dijaga. Kalau dah tinggal yang fardhu tu, maknanya dah bukan 100% tau..Waham tu
pula, ada hujahnya tapi hujah yang tak kuat dan tak confirm..tahap ni lebih
rendah dari ragu-ragu sebab hampir kepada tak percaya. So,please guys, draw a
big fat red line at the 100% iman level. Like this;
Tapi sebenarnya sebagai seorang insan yang mudah terlupa dan terdedah
dgn bisikan syaitaanirrajim, memang kita akan melalui fasa-fasa ni..sebab tu
lah pentingnya kita perbaharui syahadah kita setiap masa, tak boleh nak tunggu
solat 5 waktu je baru nak perbaharui syahadah. Untuk memastikan kita sentiasa
100% beriman! J InsyaAllah
semoga Allah pelihara hati-hati kita daripada penyakit-penyakit macam ni..Jom tangkis peluru-peluru syaitan dengan memahami Al-Quran ^_^
Ya Muqallibal Qulub, tsabbit qulubana ala deenik
Oh Controller of the hearts, make our heart firm on Your Religion.
P/S “Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja mengatakan, “kami telah
beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji
orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)
Wallahu’alam.