Jom Ingat Dia :)

Exam kali ni saya pilih untuk duduk kt meja study yang depan tingkap supaya tak stress sangat menghadap buku je (dalam bilik ada 2 meja study). and terbukti, it is better than before. tak mengantuk. sebab bila mengantuk, tengok langit.

Dari tingkap bilik saya :)

Teringat ayat ni..

Adakah kamu yang lebih sukar diciptakan atau (adakah) langit? Dia (Allah) yang membinanya. 
(An-Nazi'at: ayat 27)


Kalau langit tu sangat luas, mesti la Allah tu sangat hebat kan..patutlah bila semua orang tengok langit, mesti akan ingat Penciptanya. (untuk orang-orang yang berfikir)  


tak kira la astronaut ke, doctor ke, pelayar ke..mengikut kepakaran dan tahap pengetahuan masing2,mesti langit ni kelihatan sangat hebat..astronaut atau ahli astronomi nampak langit sebagai something yang complex dan penuh dengan ciptaan-ciptaan yang gah. pelayar atau travellers pula nampak langit sebagai penunjuk jalan. 


kadang2 langit tu menenangkan, kadang2 menakutkan. tapi semuanya mengingatkan kita pada Allah.


So, tak susah kan nak ingat Allah? mana-mana kita pergi, langit tu ada. memang tak ada alasan pun untuk tak ingat Allah. (#muhasabah diri sendiri)


Rasa sedih sebab bila toleh ke belakang, ternampak diri sendiri yang bila study, tak study dengan Allah, bila makan, tak rasa Allah ada bersama, bila tidur, lupa Allah yang menjaga.


padahal selalu dengar orang cakap (especially from my beloved mama), orang yang study medic ni lebih senang untuk melatih diri untuk ingat Allah every second. sebab kita study human body yang Allah sendiri ciptakan. kalau tak faham, tanya Allah. Hehe..tapi kena usaha la jugak buka buku :)


pernah hari tu lost track, stress dan inferiority complex dgn orang2 yang bijak pandai kat sini. tapi mama cakap lagi, buat apa nak inferiority complex dgn sesama manusia. kenapa dengan Allah kita tak rasa rendah diri pun? padahal Allah jauh lebih hebat dari kita. Allah lebih tahu anatomy and physiology (and semua benda) daripada kawan2 kita tu..Alamak, rasa macam ada batu besar jatuh hempap kepala bila mama cakap camtu..huhu now, i'm back on track insyaAllah. 


"Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu." #comel


Kalau rasa penat buat sesuatu, study atau dakwah, ingatlah Imam Ahmad bin Hanbal pernah nasihatkan anaknya,


"Rehat kita hanya di syurga."


So, jom kawan2..sekejap je lagi ni..teruskan larian and jangan berhenti sebelum sampai penamatnya. GO,GO,GO!!! Allahu yusahhil...