Levels of Faith


Assalamualaikum wbt..

insyaAllah ana nk share sikit pasal apa yang ana baru dapat semalam.. tentang naik turunnya iman, dan levels of faith..
kita selalu dengar kan orang ckp “ala,biasa la tu..iman kana da naik turunnya..sekali sekala tertinggal solat,maknanya normal la tu..”
Hmm…konsep ni sebenarnya salah kot kan..sebab bila mana kita dah berani meninggalkan solat,berani ke kita nak mengaku kita beriman kepada Allah?sebab Allah kan tengok je kita buat apa every second. So, kat sini ana nk share la satu diagram baru yang ana baru dapat..





Okay, sekarang ni kita ada diagram ni, ana nak elaborate sikit..kalau kita cakap kita beriman, memang ulama’-ulama’ sepakat mengatakan yang kita tak boleh cakap “kita beriman, InsyaAllah” sebab ayat tu bermaksud, kalau Allah izinkan, aku berimanlah..sebab bila kita cakap kita beriman, kena dengan hati yang yakin..so, sepatutnya “Aku beriman!”  Dan bila kita beriman, of course la 100% kan..mana boleh seseorang tu beriman, tapi kadang2 dia kata, “boleh la, aku beriman la jugak sikit-sikit..mesti la aku percaya Allah..tapi azab kubur tu aku tak nampak pun bila aku pergi kubur..macam takde je..” Huhu..susah la kan kalau camtu..maknanya itu bukan iman, tapi dah turun tahap menjadi Dzan atau Syak (boleh rujuk kat atas) kalau iman, sepatutnya turun naiknya pun must be within 100% which is kalau turun tu, macam malas sikit nak buat yang sunnah tapi yang fardhu tetap dijaga. Kalau dah tinggal yang fardhu tu, maknanya dah bukan 100% tau..Waham tu pula, ada hujahnya tapi hujah yang tak kuat dan tak confirm..tahap ni lebih rendah dari ragu-ragu sebab hampir kepada tak percaya. So,please guys, draw a big fat red line at the 100% iman level. Like this;




Tapi sebenarnya sebagai seorang insan yang mudah terlupa dan terdedah dgn bisikan syaitaanirrajim, memang kita akan melalui fasa-fasa ni..sebab tu lah pentingnya kita perbaharui syahadah kita setiap masa, tak boleh nak tunggu solat 5 waktu je baru nak perbaharui syahadah. Untuk memastikan kita sentiasa 100% beriman! J InsyaAllah

semoga Allah pelihara hati-hati kita daripada penyakit-penyakit macam ni..Jom tangkis peluru-peluru syaitan dengan memahami Al-Quran ^_^

Ya Muqallibal Qulub, tsabbit qulubana ala deenik
Oh Controller of the hearts, make our heart firm on Your Religion.

P/S  “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja mengatakan, “kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

Wallahu’alam.

0 comments: