Badar itu berakhir dengan kemenangan
Gembira? Ya kita gmbira
Pastilah Badar menang berkat dari doa Nabi Muhammad tercinta
Pastilah Badar menang kerana ia terdiri dari 313 orang
tentera yang hebat
Pastilah Badar menang kerana ia adalah perang pertama umat
Islam
Namun adakah kita melihat dari sisi lain?
Dari sisi….
Betapa Rasulullah
menyayangi umatnya sehingga beliau sentiasa berdoa..berdoa dan terus berdoa
sehinggakan di dalam buku sirah Muhammad as-sibaei mengatakan Abu Bakar
mengatakan:
“Cukuplah Rasulullah. Sesungguhnya Allah akan melaksanakan
janjiNya untukmu”
Kalau dalam raheeq makhtum tertulis Rasulullah berdoa
sehingga jatuh serban Baginda dan terlihat ketiak Baginda,, betapa Rasulullah
sangat menyayangi sahabat Baginda dan betapa Baginda sangat sayangkan Islam
ini. Antara doa Baginda:-
“Ya Allah aku menagih janji dan jaminanMu. Ya Allah jika
Kamu binasakan kelompok ini (pejuang mukmin), Kamu tidak akan disembah lagi di
muka bumi ini”
Badar menang kerana
adanya 313 sahabat yang hebat dan mantap
Tapi pernahkan kita terfikir, bagaiman besarnya pengorbanan
Rasulullah sehingga mampu melahirkan sahabat yang hebat ini? Dakwah selama 13
tahun di Mekah telah melahirkan Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Talhah, Abu
Ubaidah, Saad bun Muaz dan ramai lagi. 13 tahun..13 tahun..
Bila teringat betapa
hebatnya kesabaran Rasullah dalam membin para sahabat ini menjadi seorang
individu muslim yang super duper hebat..
Apabila mengenangkan betapa Rasulullah sanggup berkoraban
apa sahaja untuk membentuk peribadi-peribadi yang hebat ini
Merenung ke dalam diri… sedih .. sedih .. kerana
terlalu banyak kekurangan ..
Melihat ke dalam diri mutarabbi,,
Sedih kepada mereka..
Betapa diri ini terlalu banyak kekurangan
Sabarku..pengorbanan ku.. kasih sayang ku…
sensitivitku..perhatianku…
Dimana hilangnya semua itu …
Maaf…maaf atas kekurangan diri ini
Mahu melahirkan peribadi seperti Umar,
Mana mungkin kalau diri sendiri seperti abu jahal
(mungkin x seteruk itu)
Mahu lahirkan peribadi seperti Abu Ubaidah mana
mungkin kalau Rasulullah bukan dijadikan contoh teladan sebaik2 murobbi
Subhanallah betapa banyak khilaf dalam diri ini,,
Betapa banyak yang perlu di perbaiki
Dan apabila di kaji di sebalik badar itu, betapa
Allah sangat saying hamba-hambaNya. Apabila kemenangan akhirnya, berlaku
perebutan harta rampasan perang (anfal). Sehingga para sahabat bertanya
Rasulullah bagaimana untuk megagihkan harta rampasan perang ini.
Allah menurunkan ayat 1 surah al-anfal
Mereka menanyakan kepadamu tentang (pembagian)
harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang kepunyaan Allah
dan Rasul, oleh sebab itu bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah perhubungan
di antara sesamamu; dan ta'atlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu adalah
orang-orang yang beriman." (8:1)
Allah
langsung tidak menjawab kepada persoalan mereka..tapi Allah menyuruh
mereka bertakwalah
kepada Allah(1) dan perbaikilah
perhubungan di antara sesamamu (2); dan ta'atlah kepada Allah dan Rasul-Nya (3)
3 perkara ini
yang Allah tegur para sahabat. Para sahabat yang hebat..yang mantap.. yang
superb.. juga melakukan kesalahan. Sebab mereka juga manusia. Mereka juga dalam
fasa pembinaan individu muslim. Hebat bukan Allah. Allah mahu para sahabat
menyucikan hati mereka semula kenapa mereka melakukan semua ini? Dan betapa
Allah nak stresskan TAQWA KEPADA ALLAH, HUBUNGAN SESAMAMU (UKHUWAH) dan
KETAATAN KEPADA ALLAH DAN RASUL sangatlah PENTING.
Kalau kita kaji
semula sirah Badar, sahabat pergi ke Mekah dengan sehelai sepinggang. Dan asal
tujuan perang badar bukanlah untuk berperang sebenarnya. Mereka banya membuat
sekatan dan mahu merampas barang dagangan abu sufian yang pulang berdagang dari
Syam ke Mekah. Dan they deserve semua hasil dagangan itu sebab itu semua memang
kepunyaan mereka. Harta mereka di Mekah, tapi Abu sufian mengambilnya. Tapi
Allah tidak menemukan mereka dengan kafilah abu sufian, tapi allah menemukan
mereka dengan kumpulan abu jahal. Yang memang berniat untuk berperang dengan
mereka.
Betapa di sini,
mindset awal mereka adalah bukan untuk berperang tapi Allah kata tidak, kamu
perlu berperang. Kalau dalam surah al-anfal lagi Allah juga ada menegur sahabat
yang tidak mahu berperang
Sebagaimana Tuhanmu menyuruhmu pergi dan rumahmu
dengan kebenaran, padahal sesungguhnya sebagian dari orang-orang yang beriman
itu tidak menyukainya, mereka membantahmu tentang kebenaran sesudah
nyata (bahwa mereka pasti menang), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian,
sedang mereka melihat (sebab-sebab kematian itu). Dan (ingatlah), ketika
Allah menjanjikan kepadamu bahwa salah satu dari dua golongan (yang kamu
hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahwa yang tidak mempunyai
kekekuatan senjatalah yang untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan
yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir, (8:5-7)
Faham je, bila
mana mindset para sahabat adalah untuk mendapat hasil barang dagangan abu
sufian, mestilah susah nak twist kan. Lagi2 bila mereka semua ni x de preparation
pun. Mereka hanya bawa bersama pelepah kurma, pisau kecil dan hanya seekor
unta. Tiba-tiba nak suruh pergi perang. Apakah??
Samala dengan
kita contohnya: mindset nak fly ke UK/IRE tapi Allah xbagi Allah cakap x, Malaysia
yang terbaik,,NZyang terbaik maka pastilah disitu yang terbaik (contoh je).
Pastu Allah
tegur lagi kan dalam ayat tu, ada orang beriman yang x berapa suka seolah-olah
mereka melihat kematian. Hmmm,, orang yang beriman ..
Tapi Nampak x
apa yang Allah nak cakap sebenarnya…
“Bukan harta
rampasan tu yang pennting” tapi Allah
menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan
orang-orang kafir (8:7).
INILAH yang PENTING!! Membenarkan yang haq!!! Walau
di mana saja. Kalau harta benda yang kamu inginkan, Allah boleh bagi bila2 masa
je.Kalau Allah nak bunuh Abu Jahal, minum air pun boleh mati..tapi x...Allah nak tengok usaha sahabt..Allah nak bersihkan hati para sahabat apa yang penting sebenarnya..
Allah nak para sahbaat melihat jauh.. Allah nak para sahabat buat semua benda
hanya keranaNya.. dan para sahabat..
mereka Berjaya..berjaya mengaharungi ujian dari Allah..
Tapi KITA ????..
KITA yang masih
selesa ini
Masih sedang
gelak ketawa dengan mulut yang besar
Masih mampu
makan makanan yang sedap2 (baru lepas makan spaghetti)
Adakah pengakhiran
kita akan menjadi seperti para sahabat
Adakah kita akan
menjadi seperti para sahabat yang hidup dan mati hanya untuk Allah
Adakah kita
akan REDHA dengan segala ketentuan yang
akan Allah bagi pada kita…
Adakah kita
sudah bersedia???
Ayuh
sayangku!sama-sama kita mendidik diri kita agar mempunyai keperibadian seprti
sahabat.. REDHA.YAKIN dan USAHA hanya untuk ISLAM.
Sudahkah kita
bersedia??
Sayangku, moga
Allah benarkan untuk kita berjumpa di syurga nanti dengan usaha kita yang tidak
seberapa ini untuk agamaNya T_T
Rindu sangat
dengan kamu2..sangat2…harap sangat perasaa n itu hadir kembali..:(
1 comments:
owh ye..
Islam bukanlah agam yang suka berperang
cuma siutasi ketika ini
terlalu jelas yang haq kelihatan bathil dan yang bathil kelihatan haq
terang lagi nyata ...
Post a Comment