London punya cerita ;)

Assalamualaikum wbt..
Bismillah...

Astaghfirullah...serius, saya memang rasa x sempat nak tulis ape2 pasal perjalanan kami..padahal tahu je yang masa 24 jam yang Allah bagi tu cukup..mungkin diri sendiri yang tak sedar kot ada sesetengah masa yang tak digunakan dengan bermanfaat...astaghfirullah, astaghfirullah...tapi saya cerita la jugak sikit2 pasal perjalanan saya okay..dah janji kat diri sendiri dah..so kena buat jugak..

overall, perjalanan kami sangat exciting.. di london, kami berjaya menjejaki 3 Arab Muslim towns yang sangat best dan bersuasana soleh dan solehah..Alhamdulillah..masa tu, sangat terbukti dan terasa la yang hubungan sesama aqidah sangat memberi makna berbanding dengan hubungan senegara atau sebangsa..sebab selalu je jumpa orang Malaysia dan tak bertegur sapa pun..tapi bila kami jejak je Muslim town tu, semua orang tak kedekut memberi senyuman dan salam.. rasa sangattt bahagiaaa!!!hihi.. dan one day tu, saya dan kawan saya sampai dapat free coffee hanya kerana mereka jarang jumpa perempuan Muslim yang berhijab di London.. (yeke??mungkin diorg je kot yang x jumpa..padahal ramaii..hehe) dan dengan kata-kata "no charge for sisters in islam" kami pun dapat minum cappucino free..Alhamdulillah lagi :) so siapa2 yang nak datang London, jejaki la dulu masjid2 yang ada okay..best sangat..ada dekat Whitechapel Road, Shepherd Bush Road dan Edgware Road..and loads of halal food too..itu yang buat lebih bahagia tu sebab susah nak cari kedai halal kat Ireland ni..huhu.. dan kat London jugak, baru la sedar dan bersyukur dengan negara sendiri..sebab walau macam mana pun orang bangga-banggakan kota London tu, kita tak boleh deny pegangan aqidah yang mantap tu sebenarnya penting jugak..sebab tanpa pegangan aqidah tu, manusia boleh berperangai macam-macam..kawan-kawan saya sampai ternampak seorang lelaki ditikam kat Oxford Street..ngerinya..tu yang membuatkan saya sedar yang aqidah sangat penting!!! macam mana nak dapatkannya? haa, tu boleh promo.."everything begins with tarbiyyah" insyaAllah

Bergerak ke Paris naik train..cuba untuk snap couples of pictures tapi still tak berjaya nak dapat gambar yang hebat..betullah, mata ciptaan Allah ni sangat istimewa sebab dapat tengok pemandangan yang tak sama dengan gambar malah lebih indahh....

"Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit, lalu dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al-Baqarah: 29)

Allah ciptakan semua benda untuk kita.. untuk manusia.. untuk orang yang tengah baca ayat kat atas ni dan untuk orang yang tengah baca blog ni.. sebab, Al-Quran ni manusia je yang baca kan? binatang, pokok semua tak baca Al-Quran..so memang betullahhh! ayat ni memang untuk kita..dan Allah ciptakan segala yang ada di bumi untuk kita..Subhanallah..apa lagi yang kita nak mintak kat Allah? sesungguhnya sungguh sedikit sekali golongan yang bersyukur..semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sedikit tu..insyaAllah

Wassalam..

P/S  untuk cerita kat Paris--> tunggu next post ye..

3 comments:

hai,lame blog ni x update, nice to se the new post, keep on posting,,

 

wah kena pegi ni. x jejak kota london lg. inshaAllah.

 

alhmdulillah..insyaAllah cube utk gather lg idea utk new post =)