Diari perjalanan 2


Ditulis pada: 29 December 2011

Bismillah..

Terasa teruk pulak diri ni sbb mungkir dgn janji sendiri. Bukan ke dah janji dgn diri sendiri nak buat diari perjalanan pertama di perantauan..Hmm..so mungkin yang ni panjang daripada biasa kot sbb nak cerita banyakkkk!!! =) 

Perhimpunan Musim Sejuk

Secara ringkas dan padat ye.. memang sangat menaikkan semangat pemuda. Dimulakan dengan sedikit tazkirah tentang kompas hati dan minda kita oleh Kak Hanim, memang menyedarkan kita betapa tenaga pemuda itu sangat penting. Dan yang paling penting, kisah pemuda termasuk dalam Al-Quran tau. Pemuda-pemuda Kahfi. Istimewa kan pemuda-pemuda sebab Allah include dalam Al-Quran kot. Pencipta kita sendiri tu, beb. Dia yang include cerita pasal pemuda dalam ayat-ayatNya. Saya sebagai pemuda memang tak boleh nak cakap ah..bangga giler..hihi.ok dah bye.

Lepas tu, ada sorang pakcik ni nama dia pakcik Nazri. Orang yang hebat, pekerjaan pun hebat tapi tu semua pada saya tak penting. Yang penting, apa yang disampaikan tu sangat2 hebat. Sebab sangat menunjukkan bahawa seorang Muslim yang prihatin, dan bermanfaat perlu jugak jadi yang berpengetahuan. Sebab, kalau tak tahu macam mana nak bertindak? Rupa-rupanya, saya baru sedar saya ni ignorant orangnya. Punye lah banyak isu-isu dunia yang berkaitan dgn saudara seagama sendiri, yang saya tau just 10% je kot. Pemimpin-pemimpin Islam yang baru bangkit selepas Arab Spring pun saya tak tahu. Tu lah, sibuk sangat mengejar cita-cita sendiri, saudara sendiri punya hal pun terbiar. A’ah la,baru teringat, dah lama tak derma untuk tabung Palestin. Ok,insyaAllah nnt dah dpt internet, kena buat (sekarang, tempat yang saya duduk takde wifi)

Dah tahu pasal isu saudara sendiri, nak jugak tahu kan tindakan yang patut kita buat. Sebab,bukan apa kan. Kebangkitan-kebangkitan Islam di Negara-negara Arab sekarang ni pun diketuai pemuda macam saya jugak. Habis tu, saya ni nak menghadap buku medic je ke? Menyumbang ke untuk Islam? Mungkin la boleh menyumbang untuk Islam, tapi nak tunggu sijil tu supaya boleh digunakan untuk Islam, lambat lagi..so, kena la mula menyumbang dari sekarang, apa2 yang termampu. Lagi pun, saya selalu teringat kata-kata Pak Arfan dalam cerita Laskar Pelangi, “ Hidup mesti banyak memberi, bukan banyak menerima.” Alhamdulillah, datang ustazah Maznah untuk memberitahu ciri-ciri pemuda yang diperlukan untuk menjadi pemuda yang bermanfaat kepada agama. Walaupun banyak ciri-ciri yang diberitahu tu saya dan kawan-kawan takde, tapi saya pasti takde benda yang mustahil. Lagipun, Generasi Al-Quran yang unik pada zaman Rasulullah SAW dulu pun berasal daripada manusia yang biasa-biasa. Dan mereka dipilih Allah untuk menjadi pemuda-pemuda yang hebat dan mereka juga berusaha keras untuk memenuhi tuntutan Islam pada masa tu. dan hasilnya, nahh, kerajaan Abbasiyah suatu masa dulu jadi gah di mata dunia dgn adanya Al-Quran dalam hati mereka. So, untuk kita semua pun, pasti tak mustahil kan?? InsyaAllah…

Keseluruhan PMS 2011 memang sebenarnya bertujuan nak boost semangat pemuda dalam hati pelajar UK, Eire pun kan. So, InsyaAllah dengan izin Allah dan semangat kita semua mendengar pengisian yang diberi, semangat tu boleh dikuatkan dari semasa ke semasa. Okay? Saya sangat teruja dengan record Sultan Muhammad Al-Fateh yang boleh menakluk Constantinople pada umur 19 tahun kot..memang WOW dan SUBHANALLAH la. Saya ni, umur 20 tahun masih lagi tercanguk depan laptop, main facebook. Haish..kamon shuk. U can do it!! InsyaAllah =)

Doa yang saya janji sebelum ni: (bila tgk kejadian ciptaan Allah)

"Ya Allah Ya Tuhan Kami, tidak Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau jauhilah kami dari azab api neraka."
(Ali Imran: 191)

Wassalam....

0 comments: