Nak Menulis??


Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, masa yang ditunggu-tunggu dah tiba..habis exam! Niat selepas exam, mahu menulis semula..tulis lah apa pun asalkan bermanfaat. Tapi, kenapa lepas exam?kenapa bukan masa aku terfikir mahu menulis tu,aku terus mencapai laptop dan mula menulis? Alangkah baiknya kalau pada masa itu aku mula menulis tanpa hesitation. Bukan ke Allah dh ckp dlm surah al-hadid, ayat 16?

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (al-hadid:16)

Ha, kan dah terang lagi bersuluh terpancar seterang-terangnya kena ketuk dgn ayat Allah. Kena perli lagi tu..Huhu..Cuba mem’paraphrase’kan ayat tadi tanpa mengubah maksud; belum sampai masanya lagi ke, _______ (sila letak nama sendiri) untuk kau buat sesuatu yang bermanfaat utk islam dan mendekatkan diri kau kepada Allah?nak tunggu sampai hati keras ke baru nak mula..entah kan sempat,entah kan tidak. Tapi walau apa pun, kini Allah dah bagi kesempatan,so jom tulis! (or in this case, taip~~)

Okay, Bismillahirrahmanirrahim…
Winter break dah mula..
Semua cuba menghilangkan tensi yang bermaharajalela di segenap pelusuk G***** sejak exam dtg bertandang..
Ada yang nak pergi tgk wayang..
Ada yang hari2 pergi town..(err,mungkin saya)
Ada yang tidur je, x bangun2 sementara nak tggu departure date..(untuk cuti2 la..hihi)
Ada yang sibuk berprogram, berusrah, ber"pengisian" (ok,tu Alhamdulillah)
Ada yang bawak kawan2 dari tempat lain,jalan2 kat kawasan G*****
Ha,baru tau, ada jugak yang pergi ice skating
Menarik la kan aktiviti2 tersebut..teringin jugak nak join tp teringat satu kata2
“Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin.”
Dan,saya nak sambung sendiri ayat ni..dan tempat yang sebebas-bebasnya bagi orang mukmin adalah syurga..insyaAllah (so,sabar ye hati..huhu)
Lagipun, bukan semua yg menarik tu bermanfaat kan? ^_^
Pemuda yang baik adalah pemuda yg bermanfaat kepada orang lain.
InsyaAllah jom kita sama2 cuba jadi pemuda bermanfaat tu =)

p/s: tak tau la post ni bermanfaat ke tak..hopefully can contribute something to the ummah ;)

tarikh post ni ditulis: 15 December 2011
tarikh publish: 7 Januari 2012 (lambatnyee..maaf)

0 comments: