WAKTU MUSTAJAB BERDOA

Assalamualaikum..
hari ni, Ar-Rum nak share something yg Ar-Rum bace kat blog "Ateh"(pnceramah kat kem perkasa)...
http://www.zuhairinopiah.com/
panjang taw bende nih...tapi,bace eh..spendkan sikit mase...
^_^

Setiap amalan dalam Islam ada waktu-waktu tertentu yang lebih afdal untuk kita laksanakan. Contoh solat tahajjud dilaksanakan di waktu malam selepas solat Isya’ sebelum subuh. Puasa sunat pula digalakkan untuk berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis dan pertengahan bulan Islam (tiga hari puasa).                   
Begitu juga berdo’a kepada Allah s.w.t .  Ada waktu-waktu mustajab do’a yang perlu kita ketahui dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah s.w.t.  Menurut Ibn Atha’, do’a mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadhuk. Sayap-sayap do’a itu ialah berdo’a dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu.                   
Terdapat 22 waktu dimakbulkan do’a ialah :                  
 1.Berdo’a sewaktu hujan turun.             
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).        
2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.                  
3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.
     
4.Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah al-Fatihah.       
“Apabila imam mengatakan ‘Amin’, maka ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang mengucapkan ‘Amin’ bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)        
5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.    
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)        
          
6.Waktu di antara azan dan iqamah.     
 ”Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).         
  
7.Ketika sujud dalam solat.      
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).              
    
              
 8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.   
9.Selesai solat fardu.        
  
“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda, “Do’a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
  
10.Sepanjang waktu berpuasa.    
  
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)         
         
11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.  
    
12.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.
         
13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a.    
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).
  
14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.    
  
“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).        
          
15.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.  
  
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi)  
  
16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.  
        
“Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo’a kepada Allah lalu Allah terimanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)      
    
17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.          
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi.”          
18.Waktu menerima ujian.                  
“Atau siapakah yang memperkenankan do’a orang yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati  nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat 62)                  
19.Ketika berperang kerana Allah.          
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dua jenis do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)                  
20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.          
Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)          
21.Selepas saat kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.                  
22. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari)    Sahabat yang dimuliakan,                  
 Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo’a diwaktu-waktu mustajab do’a. Semoga dengan ikhtiar kita yang sedikit ini Allah perkenankan do’a-do’a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.             
(Dipetik dari buku 101 Do’a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)                  

Untuk adik-adik yang amat an-anur sayangi fillah..iA

Apa ntah yang hebat sangat tentang penguin? getusku di dalam hati. bukanlah bermaksud aku menidakkan kehebatan ciptaan Allah.. tidak jauh sekali....Aku tahu Allah maha hebat. Dia menciptakan sesuatu tiada yang sia-sia...

cuma... aku tak pernah tahu apa yang hebatnya dalam penciptaan penguin.

tapi kenapa penguin?? entahlah...mungkin adik ini buat aku ingin tahu tentang penguin.

penguin tak boleh terbang... semua orang tahu kot...but they can "fly" the way they are... can u imagine that a little cute penguin flies...not so high...but it's high enough till they can jump in and out of the sea...

namun out of all facts about penguin...i've discovered one "big" thing about this cute creature...

being a good murobbi...


pinguin betina hanya bertelur satu butir. Pinguin jantan bertanggung jawab untuk mengerami telur tersebut. Pada suhu serendah minus 30 derajat celcius pinguin jantan berusaha melaksanakan tugasnya tanpa bergerak selama 65 hari. Ini benar-benar merupakan saat yang berat bagi pinguin jantan. Karena mengerami telur, ia tidak dapat keluar untuk mencari makan. Sementara itu pinguin betina pergi mencari makan untuk anaknya yang akan segera menetas.

Dapatkah kalian bayangkan menunggu selama 65 hari tanpa makan apapun? Bagi manusia hal ini dapat mengantarkannya pada kematian. Namun pinguin menjalani pengorbanan ini tanpa menunjukkan ketidaksabaran atau kebosanan dan tetap melaksanakan tugas yang diilhamkan oleh Allah sampai selesai.
Setelah mengeram selama dua bulan, pinguin jantan kehilangan sepertiga berat tubuhnya. Pada kejadian yang sama, manusia dengan berat 60 kilogram akan berkurang 20 kilogram. Setelah telur menetas, bayi pinguin diletakkan di antara kedua kaki induknya selama satu sampai dua bulan. Perlindungan ini sangat penting untuk anak pinguin karena jika ia meninggalkan tempat yang hangat ini selama beberapa menit saja ia akan mati. Tentu saja Allahlah yang telah mengilhami mereka untuk melindungi anaknya dengan cara ini. Dari sini, sekali lagi, kita meyaksikan bahwa Allah adalah pelindung semua makhluknya.

amazing rite? papa penguin yang bertanggungjawab melindungi anak penguin sehingga anak itu mampu untuk survive.. saya rasa sangat kena dengan tanggung jwb sbg seorang murobbi... mendidik "ANAK" sehingga dia mampu "SURVIVE" dengan persekitarannya...dan dalam menjalankan tanggungjawab tersebut murobbi kena bersedia untuk berkorban seperti mana papa penguin berkorban untuk tidak "MAKAN" selama beberapa bulan...
tugas kita... melindungi mutarobbi...dari segala fitnah jahiliyyah dan persekitaran yang boleh "MEMATIKAN" mereka...
teringat kata seseorang... tugas kita as a murobbi adalah menempis segala BAHAYA yang mahu MEMAKAN mutarobbi yang kita jaga...

wahai adikku penguin....moga menjadi murobbi yang lebih hebat.... i know u can do it... kerana Allah yang memilihmu melalui jalan ini dan dirimu sendiri yang mahu untuk terus melaluinya.... maka harungilah ia walau sesukar manapun perjalanan yang bakal mendatangimu...kerana hanya dihujung jalannya nanti baru kita bakal temui apa yang kita selalu idami....

Haikal - Mentari Hidup




Mentari Hidup

Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Muhasabah mode~

Ibnu Al-Qayyim pernah berkata:-




     "Wahai orang yg lemah semangat! 


Sesungguhnya di atas jalan ini 


Nuh menjadi tua,


Yahya dibunuh,


Zakaria digergaji, 


Muhammad diseksa 


dan 


anda pula inginkan 


Islam datang dengan mudah di bawah 


kakimu?"




p/s: Ukhti!!!! ayuh kita berjuang untuk mendapatkan alat yang terbaik kita boleh dapat...Antunna dengan IB akak dengan master akak..Semuanya untuk Islam tercinta..Ayuh!!!!kita jihad mata pena!!!!!! bersama terus melangkah dalam jalan ini... Dakwah dan stduy harus seiring .. tiada no. 2

Muhasabah mode~

Seorang mujahid/mujahidah adalah

1) individu yg telah menyiapkan bekalnya, 
2)telah mendapatkn kesedarannya dan apa yg tersemat di jiwa dan terbuku di hatinya menguasai dirinya. 
====> Oleh itu beliau adalah seorg yg 
1)sentiasa berfikir, 
2)tersangat mengambil berat, 
3)sentiasa bersedia, apabila dipanggil dia menjwb, apabila diseru dia menyahut. 
4)Pergi dan pulangnya, percakapan dan perbualannya, kesungguhan dan berguraunya tidak melebihi apa yg telah ditetapkan olehnya utk dirinya sendiri.
 5)Kerjanya hanyalah menunaikan segala tanggungjwb yg dihalakan kepadanya segala kehidupan dan kehendaknya. 
6)Dia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh utk melaksanakannya. 
7) Dia sentiasa berusaha bersungguh2 utk melaksanakannya. 
8) Kamu dpt membaca melalui raut wajahnya, 
9) melihat melalui kilauan kedua matanya dan 
10mendengar dari tutur katanya kedukaan yg membara dan kepedihan yg tersembunyi di dlm hatinya, 
9)keazaman yg benar yg melimpah dari jiwanya dan 
11)semangat yg berkobar-kobar serta matlamat yg jauh! 

[ISHAB]

Ukhti.....kitakah itu??? Mampukah kita menjadi seperti itu??? Ukhti, hidup ini sekadar persinggahan ...Mengapa perlu terus begini??? 

Ayuh terus menderu dengan dakwah!!! Allahuakbar!!!



al-insyirah kesukaan saya!!

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh wamaghfiratuh waridhwanuh...=)
lama dah tak post..asif jiddan an-nur dan kepada readers..nasib baik hri ni Allah izinkan saya post something (actually Allah izinkan je sebelum ni, tapi saya yang tak pandai nak curi masa..terlalu busy dengan dunia dan sistem yang menenggelamkan dan melemaskan saya n friends)
nak cakap pasal nama saya lah hari ni..al-Insyirah..surah ke-94 dalam surat cinta dari Allah (Al-Quran yang dicintai)


Kenapa saya suka sangat dengan surah ni?even masa naqibah sy (an-nur) suruh guna nama surah dalam blog ni pun otak n hati saya bekerjasama je buat keputusan utk ambik nama surah al-insyirah ni..ok la…kat sini sy nak share apa yg Rasulullah pernah ckp pasal surah kegemaran saya ni..
  • Sabda nabi ' Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan daripadanya.
  • Barangsiapa biasa membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
  • Sesiapa yang membaca surah ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripadanya segala kesukaran dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
  • Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardu nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
(dipetik dari blog <sentuhanrohanijentayutiara.blogspot.com> jazakillah kepada writer blog tu)

Tapi macam x lengkap la kan kalau saya share kenapa saya suka surah ni 
tapi tak share surahnya sekali kan..so,here you are…=D



MAKSUDNYA:

1. Have We not expanded you your breast?
2. And removed from you your burden
3. The which did burden your back? --
4. And raised high the esteem (in which) you (are held)?
5. So, verily, with every difficulty, there is relief
6.Verily, with every difficulty there is relief.
7.Therefore, when you are free (from the immediate task), still labor hard,
8. And to you Lord turn (all) His attention.

ha...skang dah faham ke kenapa saya suka sangat surah ni?bagai dipujuk-pujuk hati ni bila ingat surah ni...surah ni memang dah ada dalam kepala otak saya ni and saya harap surah ni jugak akan stay in my heart forever n ever...

Nak tahu lagi detail ke pasal surah ni?ok...saya try untuk elaborate sikit ye ayat2 ni..tapi akan ada kaitan dengan saya la elaboration ni..

1. Have We not expanded you your breast?
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
Allah lapangkan dada n hati saya bila saya ada masalah atau busy sangat dengan kehidupan IB yang sangat keduniaan ni...bila saya busy siapkan EE (extended essay macam mini thesis) dan TOK essay (essay falsafah yang memeningkan kepala) sampai saya rasa macam nak patahkan laptop, Allah selalu melapangkan dada saya so that saya feel ok je dengan apa yang saya buat..kadang2 tak rasa pun lapang dada tapi kita kan kena sangka baik dengan Allah, so saya still rasa Allah akan lapangkan dada bila sampai masanya =)

2. And removed from you your burden
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu
3. The which did burden your back?
yang memberatkan punggungmu?

untuk ayat ni, sama la macam ayat yang pertama..Allah akan lapangkan dada kita n dalam masa yang sama Allah hilangkan jugak beban kita yang berat ni bila sampai masanya...kalau masa kita mintak Allah ringankan beban kita tapi Allah tak bagi tu, jangan la risau..Allah cuma menangguhkan doa kita tu..insyaAllah nanti Allah kabulkan doa kita untuk masalah or beban yang lagi besar..so, sabar la ye..dalam jalan dakwah pun ada kesusahannya kan...Allah pun dah cakap dalam surat cintanya yang kita jangan la fikir kita dah sama tahap dengan pejuang-pejuang Islam pada zaman Rasulullah selagi kita tak diuji sehebat diorang sume..so tunggu je la cabaran yang Allah akan bagi bila-bila masa je dan be strong k!

4. And raised high the esteem (in which) you (are held)?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
ayat ni rasanya untuk Nabi Muhammad kot sebab Allah tinggikan sebutan nama Muhammad and tinggikan kedudukan Rasulullah setelah apa yang Rasulullah korbankan demi menegakkan Islam untuk umat Baginda (which is us!) Tapi kalau kita pun memperjuangkan perkara yang sama dengan Rasulullah which is Islam itself, tak mustahil kan Allah akan tinggikan kedudukan kita...tapi of course la takkan sama level dengan Rasulullah yang terchenta kan =) so, apa2 pun kita usaha je la untuk dapat redha Allah sebab Allah pandang usaha kita kan,bukan hasilnya..contohnya, nanti kat padang Mahsyar,Allah tak pandang orang yang dapat IB point 45 tanpa usaha tapi Allah akan pandang orang yang usaha tahap maksimum untuk dapat sesuatu walaupun hasilnya mungkin tak memberangsangkan (maybe IB point 36 ke,38 ke kan) jadi,sahabat2 jangan la risau..

5. So, verily, with every difficulty, there is relief
6.Verily, with every difficulty there is relief.
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
MasyaAllah, Allh ulang dua kali kot ayat ni...tu yang terkesan sangat kat hati saya bila baca surah ni..dua kali Allah ulang yang bersama-sama kesusahan tu ada kemudahannya..every cloud has its silver lining tau! hehe...suka saya dengan ayat ni...membuak-buak rasanya sayang kat Allah bila Allah cakap camni...comel kot bila Allah soothes our feelings dengan ayat ni..bila kita rasa susah je, cepat2 la cari kesenangan di sebalik kesusahan tu..contohnye la kan, bila saya rasa susah sangat bila idea tak keluar masa nak siapkan TOK essay, saya cuba cari kemudahan tu...tiba2 je saya terfikir yang untungnya saya sebab mampu lagi nak taip essay guna laptop, laptop pun tak buat hal even masa tu,ramai gak yang laptopnye rosak..pastu mak saya call plak tanya khabar masa saya tengah serabut tu...huhu segan saya dengan Allah sebab saya fikir susah je..padahal kesenangan masa saya rasa susah tu bertimbun-timbun datang...=P

7.Therefore, when you are free (from the immediate task), still labor hard,
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
Ha, lepas Allah dah bagi kemudahan, dah senangkan kerja kita, dah senangkan hati kita, jangan la plak amik kesempatan gi tengok movie plak! (hehe...saya la tu..lagha betul) Allah cakap bila dah selesai satu kerja, usaha la dengan sungguh2 untuk buat kerja seterusnya...bak kata orang, usaha sampai ke hujung nyawa..hasilnya?oh, hasilnya tu sume kerja Allah..Allah yang tentukan hasil apa yang kita dapat..tugas kita usaha n doa je..usaha sungguh2 tau Allah cakap...jangan usaha sambil ber'facebook' plak..jangan usaha sambil tgk movie plak! (dushh...terkena lagi diri sendiri..adoii) 

8. And to you Lord turn (all) His attention.
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Nak mohon n harap kat sape lagi kan...Allah je la...kalau kita dok cari ketenangan dengan merokok,rokok dapat bagi ketenangan ke?kalau kita cari ketenangan dengan tengok movie,movie dapat bagi ketenangan ke?kalau kita cari ketenangan dengan gi bermain kat padang, padang dapat bagi ketenangan ke? TAK DAPAT KAN? Allah yang bagi ketenangan, Allah yang dapat bagi kejayaan kat kita...so, berharap la dekat Allah...Allah suka bila hambaNya berdoa, mengadu kat Dia..

ok..tu je la sedikit sebanyak tentang surah kecintaan saya ni...sukanya dapat share dgn korang...
semoga anda sentiasa dalam keredhaan Allah...
Assalamualaikum..

posted by: 
of course la Al-Insyirah