London punya cerita ;)

Assalamualaikum wbt..
Bismillah...

Astaghfirullah...serius, saya memang rasa x sempat nak tulis ape2 pasal perjalanan kami..padahal tahu je yang masa 24 jam yang Allah bagi tu cukup..mungkin diri sendiri yang tak sedar kot ada sesetengah masa yang tak digunakan dengan bermanfaat...astaghfirullah, astaghfirullah...tapi saya cerita la jugak sikit2 pasal perjalanan saya okay..dah janji kat diri sendiri dah..so kena buat jugak..

overall, perjalanan kami sangat exciting.. di london, kami berjaya menjejaki 3 Arab Muslim towns yang sangat best dan bersuasana soleh dan solehah..Alhamdulillah..masa tu, sangat terbukti dan terasa la yang hubungan sesama aqidah sangat memberi makna berbanding dengan hubungan senegara atau sebangsa..sebab selalu je jumpa orang Malaysia dan tak bertegur sapa pun..tapi bila kami jejak je Muslim town tu, semua orang tak kedekut memberi senyuman dan salam.. rasa sangattt bahagiaaa!!!hihi.. dan one day tu, saya dan kawan saya sampai dapat free coffee hanya kerana mereka jarang jumpa perempuan Muslim yang berhijab di London.. (yeke??mungkin diorg je kot yang x jumpa..padahal ramaii..hehe) dan dengan kata-kata "no charge for sisters in islam" kami pun dapat minum cappucino free..Alhamdulillah lagi :) so siapa2 yang nak datang London, jejaki la dulu masjid2 yang ada okay..best sangat..ada dekat Whitechapel Road, Shepherd Bush Road dan Edgware Road..and loads of halal food too..itu yang buat lebih bahagia tu sebab susah nak cari kedai halal kat Ireland ni..huhu.. dan kat London jugak, baru la sedar dan bersyukur dengan negara sendiri..sebab walau macam mana pun orang bangga-banggakan kota London tu, kita tak boleh deny pegangan aqidah yang mantap tu sebenarnya penting jugak..sebab tanpa pegangan aqidah tu, manusia boleh berperangai macam-macam..kawan-kawan saya sampai ternampak seorang lelaki ditikam kat Oxford Street..ngerinya..tu yang membuatkan saya sedar yang aqidah sangat penting!!! macam mana nak dapatkannya? haa, tu boleh promo.."everything begins with tarbiyyah" insyaAllah

Bergerak ke Paris naik train..cuba untuk snap couples of pictures tapi still tak berjaya nak dapat gambar yang hebat..betullah, mata ciptaan Allah ni sangat istimewa sebab dapat tengok pemandangan yang tak sama dengan gambar malah lebih indahh....

"Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit, lalu dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al-Baqarah: 29)

Allah ciptakan semua benda untuk kita.. untuk manusia.. untuk orang yang tengah baca ayat kat atas ni dan untuk orang yang tengah baca blog ni.. sebab, Al-Quran ni manusia je yang baca kan? binatang, pokok semua tak baca Al-Quran..so memang betullahhh! ayat ni memang untuk kita..dan Allah ciptakan segala yang ada di bumi untuk kita..Subhanallah..apa lagi yang kita nak mintak kat Allah? sesungguhnya sungguh sedikit sekali golongan yang bersyukur..semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sedikit tu..insyaAllah

Wassalam..

P/S  untuk cerita kat Paris--> tunggu next post ye..

Diari perjalanan 2


Ditulis pada: 29 December 2011

Bismillah..

Terasa teruk pulak diri ni sbb mungkir dgn janji sendiri. Bukan ke dah janji dgn diri sendiri nak buat diari perjalanan pertama di perantauan..Hmm..so mungkin yang ni panjang daripada biasa kot sbb nak cerita banyakkkk!!! =) 

Perhimpunan Musim Sejuk

Secara ringkas dan padat ye.. memang sangat menaikkan semangat pemuda. Dimulakan dengan sedikit tazkirah tentang kompas hati dan minda kita oleh Kak Hanim, memang menyedarkan kita betapa tenaga pemuda itu sangat penting. Dan yang paling penting, kisah pemuda termasuk dalam Al-Quran tau. Pemuda-pemuda Kahfi. Istimewa kan pemuda-pemuda sebab Allah include dalam Al-Quran kot. Pencipta kita sendiri tu, beb. Dia yang include cerita pasal pemuda dalam ayat-ayatNya. Saya sebagai pemuda memang tak boleh nak cakap ah..bangga giler..hihi.ok dah bye.

Lepas tu, ada sorang pakcik ni nama dia pakcik Nazri. Orang yang hebat, pekerjaan pun hebat tapi tu semua pada saya tak penting. Yang penting, apa yang disampaikan tu sangat2 hebat. Sebab sangat menunjukkan bahawa seorang Muslim yang prihatin, dan bermanfaat perlu jugak jadi yang berpengetahuan. Sebab, kalau tak tahu macam mana nak bertindak? Rupa-rupanya, saya baru sedar saya ni ignorant orangnya. Punye lah banyak isu-isu dunia yang berkaitan dgn saudara seagama sendiri, yang saya tau just 10% je kot. Pemimpin-pemimpin Islam yang baru bangkit selepas Arab Spring pun saya tak tahu. Tu lah, sibuk sangat mengejar cita-cita sendiri, saudara sendiri punya hal pun terbiar. A’ah la,baru teringat, dah lama tak derma untuk tabung Palestin. Ok,insyaAllah nnt dah dpt internet, kena buat (sekarang, tempat yang saya duduk takde wifi)

Dah tahu pasal isu saudara sendiri, nak jugak tahu kan tindakan yang patut kita buat. Sebab,bukan apa kan. Kebangkitan-kebangkitan Islam di Negara-negara Arab sekarang ni pun diketuai pemuda macam saya jugak. Habis tu, saya ni nak menghadap buku medic je ke? Menyumbang ke untuk Islam? Mungkin la boleh menyumbang untuk Islam, tapi nak tunggu sijil tu supaya boleh digunakan untuk Islam, lambat lagi..so, kena la mula menyumbang dari sekarang, apa2 yang termampu. Lagi pun, saya selalu teringat kata-kata Pak Arfan dalam cerita Laskar Pelangi, “ Hidup mesti banyak memberi, bukan banyak menerima.” Alhamdulillah, datang ustazah Maznah untuk memberitahu ciri-ciri pemuda yang diperlukan untuk menjadi pemuda yang bermanfaat kepada agama. Walaupun banyak ciri-ciri yang diberitahu tu saya dan kawan-kawan takde, tapi saya pasti takde benda yang mustahil. Lagipun, Generasi Al-Quran yang unik pada zaman Rasulullah SAW dulu pun berasal daripada manusia yang biasa-biasa. Dan mereka dipilih Allah untuk menjadi pemuda-pemuda yang hebat dan mereka juga berusaha keras untuk memenuhi tuntutan Islam pada masa tu. dan hasilnya, nahh, kerajaan Abbasiyah suatu masa dulu jadi gah di mata dunia dgn adanya Al-Quran dalam hati mereka. So, untuk kita semua pun, pasti tak mustahil kan?? InsyaAllah…

Keseluruhan PMS 2011 memang sebenarnya bertujuan nak boost semangat pemuda dalam hati pelajar UK, Eire pun kan. So, InsyaAllah dengan izin Allah dan semangat kita semua mendengar pengisian yang diberi, semangat tu boleh dikuatkan dari semasa ke semasa. Okay? Saya sangat teruja dengan record Sultan Muhammad Al-Fateh yang boleh menakluk Constantinople pada umur 19 tahun kot..memang WOW dan SUBHANALLAH la. Saya ni, umur 20 tahun masih lagi tercanguk depan laptop, main facebook. Haish..kamon shuk. U can do it!! InsyaAllah =)

Doa yang saya janji sebelum ni: (bila tgk kejadian ciptaan Allah)

"Ya Allah Ya Tuhan Kami, tidak Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau jauhilah kami dari azab api neraka."
(Ali Imran: 191)

Wassalam....

Diari Perjalanan 1

Assalamualaikum wbt..

disebabkan blog ni dh lama takde post baru, saya decide nak menyibukkan diari perjalanan winter break saya kat sini..boleh tak kak F**a? =P

Bismillah...

Ditulis pada: 21 December 2011


Kepeningan dah hampir ke penghujungnya bila saya n S*** mulakan perjalanan dgn bergerak ke Dublin. Satu demi satu place and plan dalam checklist, saya cross out. Hihi..gembiranya. gembira sebab dah mula perjalanan mencari redha Allah dan gembira jugak sebab checklist tu makin pendek. So takde lah pening2 lagi lepas ni. Tapi, berdebar-debar pun ada jugak sebab tak tahu apa yang Allah akan bagi untuk mentarbiyah kami sepanjang perjalanan ni.

Dan, ketakutan itu pun bermula apabila kami dapat berita yang mak cik kepada S*** yang kami berhajat nak menumpang di rumahnya tu diberi ujian kematian oleh Allah, when her son was struck by a train few days ago. Innalillahi wa innailaihi rajiun. Dan, berita sedih tu terkesan jugak kat kami sebab tu makcik dia dan pada masa yang sama, kami tak dapat menumpang di rumah makcik tu. Diharapnya Allah memberi kekuatan kepada makcik tu.
Tapi, kami teruskan juga perjalanan ke PMS 2011 di Windermere sambil memikirkan di mana kami nak duduk selama 2 malam nanti. Mungkin lagi satu pengorbanan terpaksa dilakukan which is duit. Kena book lagi hotel kot untuk dua malam tu sebab tak sampai hati nak menyusahkan akhawat di London yang kena menerima ramai tetamu jugak. So, kena bincang lagi dengan mereka-mereka ^_^ takpe, sabar shuk. Itu la tarbiyah Allah yang pertama kot. Apalah sangat dugaan kami ni kalau nak dibandingkan dengan ujian kematian yang dihadapi oleh mak sedara S*** ni.

Okay, dipendekkan cerita, kami dah sampai di Windermere yang aman damai ni. Ada salji atas gunung! (Subhanallah…) saya ada belajar satu doa baru yang kita boleh baca sama-sama bila kita tengok ciptaan Allah yang superb + marvellous!!nanti kita bagitau ye..skang nak makan =)

sekarang baru sedar yang, walau canggih macam mana pun kamera untuk ambil gambar pemandangan ni, still mata anugerah Allah ni dapat capture scenery dgn lebih baik drpd kamera ciptaan manusia..subhanallah
wassalam...

Nak Menulis??


Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, masa yang ditunggu-tunggu dah tiba..habis exam! Niat selepas exam, mahu menulis semula..tulis lah apa pun asalkan bermanfaat. Tapi, kenapa lepas exam?kenapa bukan masa aku terfikir mahu menulis tu,aku terus mencapai laptop dan mula menulis? Alangkah baiknya kalau pada masa itu aku mula menulis tanpa hesitation. Bukan ke Allah dh ckp dlm surah al-hadid, ayat 16?

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (al-hadid:16)

Ha, kan dah terang lagi bersuluh terpancar seterang-terangnya kena ketuk dgn ayat Allah. Kena perli lagi tu..Huhu..Cuba mem’paraphrase’kan ayat tadi tanpa mengubah maksud; belum sampai masanya lagi ke, _______ (sila letak nama sendiri) untuk kau buat sesuatu yang bermanfaat utk islam dan mendekatkan diri kau kepada Allah?nak tunggu sampai hati keras ke baru nak mula..entah kan sempat,entah kan tidak. Tapi walau apa pun, kini Allah dah bagi kesempatan,so jom tulis! (or in this case, taip~~)

Okay, Bismillahirrahmanirrahim…
Winter break dah mula..
Semua cuba menghilangkan tensi yang bermaharajalela di segenap pelusuk G***** sejak exam dtg bertandang..
Ada yang nak pergi tgk wayang..
Ada yang hari2 pergi town..(err,mungkin saya)
Ada yang tidur je, x bangun2 sementara nak tggu departure date..(untuk cuti2 la..hihi)
Ada yang sibuk berprogram, berusrah, ber"pengisian" (ok,tu Alhamdulillah)
Ada yang bawak kawan2 dari tempat lain,jalan2 kat kawasan G*****
Ha,baru tau, ada jugak yang pergi ice skating
Menarik la kan aktiviti2 tersebut..teringin jugak nak join tp teringat satu kata2
“Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin.”
Dan,saya nak sambung sendiri ayat ni..dan tempat yang sebebas-bebasnya bagi orang mukmin adalah syurga..insyaAllah (so,sabar ye hati..huhu)
Lagipun, bukan semua yg menarik tu bermanfaat kan? ^_^
Pemuda yang baik adalah pemuda yg bermanfaat kepada orang lain.
InsyaAllah jom kita sama2 cuba jadi pemuda bermanfaat tu =)

p/s: tak tau la post ni bermanfaat ke tak..hopefully can contribute something to the ummah ;)

tarikh post ni ditulis: 15 December 2011
tarikh publish: 7 Januari 2012 (lambatnyee..maaf)