Diari Perjalanan 1

Assalamualaikum wbt..

disebabkan blog ni dh lama takde post baru, saya decide nak menyibukkan diari perjalanan winter break saya kat sini..boleh tak kak F**a? =P

Bismillah...

Ditulis pada: 21 December 2011


Kepeningan dah hampir ke penghujungnya bila saya n S*** mulakan perjalanan dgn bergerak ke Dublin. Satu demi satu place and plan dalam checklist, saya cross out. Hihi..gembiranya. gembira sebab dah mula perjalanan mencari redha Allah dan gembira jugak sebab checklist tu makin pendek. So takde lah pening2 lagi lepas ni. Tapi, berdebar-debar pun ada jugak sebab tak tahu apa yang Allah akan bagi untuk mentarbiyah kami sepanjang perjalanan ni.

Dan, ketakutan itu pun bermula apabila kami dapat berita yang mak cik kepada S*** yang kami berhajat nak menumpang di rumahnya tu diberi ujian kematian oleh Allah, when her son was struck by a train few days ago. Innalillahi wa innailaihi rajiun. Dan, berita sedih tu terkesan jugak kat kami sebab tu makcik dia dan pada masa yang sama, kami tak dapat menumpang di rumah makcik tu. Diharapnya Allah memberi kekuatan kepada makcik tu.
Tapi, kami teruskan juga perjalanan ke PMS 2011 di Windermere sambil memikirkan di mana kami nak duduk selama 2 malam nanti. Mungkin lagi satu pengorbanan terpaksa dilakukan which is duit. Kena book lagi hotel kot untuk dua malam tu sebab tak sampai hati nak menyusahkan akhawat di London yang kena menerima ramai tetamu jugak. So, kena bincang lagi dengan mereka-mereka ^_^ takpe, sabar shuk. Itu la tarbiyah Allah yang pertama kot. Apalah sangat dugaan kami ni kalau nak dibandingkan dengan ujian kematian yang dihadapi oleh mak sedara S*** ni.

Okay, dipendekkan cerita, kami dah sampai di Windermere yang aman damai ni. Ada salji atas gunung! (Subhanallah…) saya ada belajar satu doa baru yang kita boleh baca sama-sama bila kita tengok ciptaan Allah yang superb + marvellous!!nanti kita bagitau ye..skang nak makan =)

sekarang baru sedar yang, walau canggih macam mana pun kamera untuk ambil gambar pemandangan ni, still mata anugerah Allah ni dapat capture scenery dgn lebih baik drpd kamera ciptaan manusia..subhanallah
wassalam...

Nak Menulis??


Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, masa yang ditunggu-tunggu dah tiba..habis exam! Niat selepas exam, mahu menulis semula..tulis lah apa pun asalkan bermanfaat. Tapi, kenapa lepas exam?kenapa bukan masa aku terfikir mahu menulis tu,aku terus mencapai laptop dan mula menulis? Alangkah baiknya kalau pada masa itu aku mula menulis tanpa hesitation. Bukan ke Allah dh ckp dlm surah al-hadid, ayat 16?

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (al-hadid:16)

Ha, kan dah terang lagi bersuluh terpancar seterang-terangnya kena ketuk dgn ayat Allah. Kena perli lagi tu..Huhu..Cuba mem’paraphrase’kan ayat tadi tanpa mengubah maksud; belum sampai masanya lagi ke, _______ (sila letak nama sendiri) untuk kau buat sesuatu yang bermanfaat utk islam dan mendekatkan diri kau kepada Allah?nak tunggu sampai hati keras ke baru nak mula..entah kan sempat,entah kan tidak. Tapi walau apa pun, kini Allah dah bagi kesempatan,so jom tulis! (or in this case, taip~~)

Okay, Bismillahirrahmanirrahim…
Winter break dah mula..
Semua cuba menghilangkan tensi yang bermaharajalela di segenap pelusuk G***** sejak exam dtg bertandang..
Ada yang nak pergi tgk wayang..
Ada yang hari2 pergi town..(err,mungkin saya)
Ada yang tidur je, x bangun2 sementara nak tggu departure date..(untuk cuti2 la..hihi)
Ada yang sibuk berprogram, berusrah, ber"pengisian" (ok,tu Alhamdulillah)
Ada yang bawak kawan2 dari tempat lain,jalan2 kat kawasan G*****
Ha,baru tau, ada jugak yang pergi ice skating
Menarik la kan aktiviti2 tersebut..teringin jugak nak join tp teringat satu kata2
“Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin.”
Dan,saya nak sambung sendiri ayat ni..dan tempat yang sebebas-bebasnya bagi orang mukmin adalah syurga..insyaAllah (so,sabar ye hati..huhu)
Lagipun, bukan semua yg menarik tu bermanfaat kan? ^_^
Pemuda yang baik adalah pemuda yg bermanfaat kepada orang lain.
InsyaAllah jom kita sama2 cuba jadi pemuda bermanfaat tu =)

p/s: tak tau la post ni bermanfaat ke tak..hopefully can contribute something to the ummah ;)

tarikh post ni ditulis: 15 December 2011
tarikh publish: 7 Januari 2012 (lambatnyee..maaf)

RINDU

AKak RIndu anTuNNA....
Moga rindu ini kerana Dia..

Selamat Jalan kesayangan-kesayanganku

Lokasi : UKM,Bangi
Time:6.00 p.m

Assalamualaikum,,

Huuu,,agak lama blog ini bersarang,,,mungkin sebab penghuninya sibuk preparation untuk melangkah ke tempat baru,,,Selamat jalan adik2ku, selamat berjuang di medan baru, selamat menempuh alam baru,,,semoga kamu terus tsabat...

Sedih ke k.fara??? ada yang tanya ...hello, mustahilla x sedih,,tp buat2 kool sudah,,huuuu...tapi akak xrisau sebab Allah ada untuk jaga kamu. Dan kamu juga kena yakin, Allah ada bersamamu..Bukankah Allah itu dekat
Sedikit pesanan untuk adik2ku tercinta, cinta pertamaku:

Al-Jassiyah : Masih ingat skyping kita malam itu,,yang sampai tidur pukul 2 lebih,,berbincang tentang J. Akak harap awak bijak untuk memilih. Walau apa pun pilihan awak, istikharahlah. Dan akak akan pegang pada kata2 awak "akak jangan risau, saya tahu kepentingan tarbiyyah".  Akak sangat berharap untuk bertemu awak lagi,, di pentas yang sama,,pentas dakwah dimana awak di depan,berkongsi pengalaman indah di jalan ini,.Akak sangat mengharapkan situasi di mana kita boleh menagis berkongsi kisah suka dan duka kita di jalan dakwah ini. Bukan awak sahaja, begitu juga al-kauthar, al-adiyat, ar-rum dan al-insyirah Ketahuilah adikku, walau di mana kamu, ada orang di sini sedang menanti kamu,sedia mendengar keluh kesahmu dan tidak pernah putus harapan terhadap kamu agar kita sama2 menderu di jalan ini,,agar kita jatuh dan bangun bersama-sama di jalan ini. Kamu perlukan masa, ya,,Allah bagi kamu masa,,namun bersegeralah adikku,,takut masa tidak menunggumu..Akak sayang kamu kerana Allah adikku..Andai telah ditakdirkan tiada pertemuan selepas ini,, berdoalah,,berharaplah agar pertemuan kita seterusnya di dalam syurga,,, duduk sebelah2,berbual2 sambil minum air susu dari sungai di syurga(47:15),, berjalan2 memetik buah-buahan yang sangat rendang(69:23),,dan di bawah kamar kita ada sungai mengalir (39:20),,,Bestnye al-jassiyah!!!!tapi,,kita kenala usaha all out dulu di dunia ni kan,,kalau kita mahukan itu semua..Dan yang paling kita mahukan pastilah bertemu Pencipta kita :) Allah permudahkanlah...
 p/s: nanti dah jadi Dr, lehla akak jadi patient awak :) ...murah2 sudah k :p

Al- insyirah : Al- insyirah,,ingat x awak cakap kat akak,,belajar memasak ek masa cuti..nanti sampai ke gal*** boleh DF adik2 dengan masakan awak... Hehehe, so sweet al-insyirah. akak hanya mampu tersenyum. Rindu awak, rindu sangat. Sama macam akak rindu yg lain..Rindu nak naik kete sama2, sesat sama2, makan sama2,,paling dirindui duduk lutut sama lutut bertemu dibawah sayang malaikat2..ermm, rindunya.... al-insyirah,,perginya dirimu disana dengan t/jawab yang besar sayangku.. Belajar pastilah!! dan yg lagi penting adalah membawa Islam ke seluruh pelosok g*****.. Al-insyirah waktu awak dgn al-adiyat kol akak hari tu,akak rasa hepiiiiiiiiii ^________________________^ sangatttt,,heeeee...senyum je spenajang hari... :p Al-insyirah, walau dimana awak dicampakkan,,pohonlah kekuatan dari Allah ,,,kerana Allah sentiasa bersamamu sayang..... Go Al-insyirah!!!!Al-insyirah,,sepertimana harapan akak pada al-jassiyah,,seperti itu juga harapan akak pada dirimu sayang,,,mahu jumpa kamu di "sana"...then xperlulah kita rindu2 lagi,,leh jumpa sepanjang masa n bergaduh sepanjang masa :p,,,awak dengan ar-rum kan suka gaduh dgn akak :p,,gaduh2 sayang kan... :p


p/s: ni dah tulis lama dah ni,,baru nak post... :) utk kesayangan2ku di UK dan di malaysia nanti yee,,,akak pun nak tulis somthg utk antunna,,nanti akak post kat sini :) rinduuuuuuu ^_________^ :( moga tarbiyah disana mampu menjadikan kamu2 seorang individu muslim yang memenuhi 10 muwasafat tarbiyah itu sayang2ku

Solat....Remeh Ke?

Assalamualaikum readers! =)

InsyaAllah saya nak share sikit pasal apa yg saya dengar kt masjid tadi...pasal rukun solat..sounds familiar kan? sgt familiar sampaikan ramai yang neglect semua benda2 ni..


  • yang pertama, niat..banyak percanggahan pendapat yang menghuraikan tentang rukun solat yang pertama ni..ada yang kata niat sebelum takbir, niat semasa takbir dan niat selepas takbir..tapi apa yang saya belajar dan apa yang ustaz tadi sampaikan adalah kita kena niat within lafaz Allahuakbar tu je which is semasa takbir..niat ni ada 3 bahagian: Qasad, Taarud dan Taayin.
  • Qasad: Sahaja aku sembahyang
  • Taarud: fardhu/sunat
  • Taayin: maghrib/isya'/subuh/zohor/asar

  • Gabungannnya: contoh: Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib
  • Bagi solat fardhu, wajib untuk kita niat menggunakan ketiga-tiga bahagian ni (macam yang saya bagi contoh kat atas). tapi untuk solat sunat,cukup sekadar kita niat "sahaja aku solat hajat" contohnya. tak perlu bahagian 'taarud' tu..
  • untuk rukun kedua- takbiratul ihram
  • takbiratul ihram ni adalah signifikan bagi kita diharamkan buat segala perkara yang kita boleh buat di luar solat contohnya ketawa, borak-borak, makan.
  • Masa solat jemaah, makmum kena angkat takbir SELEPAS imam selesai mengangkat takbir. tak boleh semasa imam angkat takbir. kalau tak, tak sah la sembahyang jemaah kita..

Macam dalam satu hadith Rasulullah S.A.W. mafhumnya;
"Imam dijadikan untuk diikuti, maka apabila imam selesai mengangkat takbir barulah makmum boleh mengangkat takbir, apabila imam rukuk barulah makmum boleh rukuk."

memang la ada hadith Nabi Muhammad tentang Takbiratul Ula which takbir bersama-sama Imam tapi tak bermakna kena takbir serentak dengan imam..takbiratul Ula ni dikira untuk makmum yang tak masbuk n bersama-sama imam dalam rakaat pertama.

Hadith Rasulullah S.A.W. mafhumnya;
"Siapa yang dapat Takbiratul Ula (takbir bersama-sama imam) untuk setiap waktu solat selama 40 hari, Allah menjanjikan dua pelepasan iaitu pelepasan daripada sifat-sifat orang munafik dan pelepasan daripada api neraka."

Hah,bukan senang nak dapat pelepasan daripada api neraka. nak dapat takbir bersama imam tu, banyak dugaannya especially dari musuh kita yang nyata..SYAITAN! kadang2 hari ke-40 tu pulak la ada benda yang menghalang daripada dapat takbir bersama-sama imam ni..

ermm...sebenarnya saya nak curhat (bagi feedback) daripada apa yang saya dapat dari malam ni..masa ceramah tadi, saya terfikir yang ramai jugak sahabat2 kita yang ambil ringan hal solat ni..pada hakikatnya, solat ni pun salah satu aset terpenting untuk kita capai keredhaan dan cinta Allah kan..i admit that we can go to Syurga based on Allah's blessing and not based on our ibadah only. But to gain Allah's blessing, we have to do whatever He wants us to do no matter how hard or how small the matter is..And solat is one of the ways to gain Allah's blessing,right? so, selain dari pemantapan aqidah yang kita semua cuba lakukan, don't take for granted about solat, ok guys? 

Semoga sama2 mendapat keredhaan Allah, cinta Allah, kemanisan iman dan kelazatan beribadah..
Dan semoga kita tergolong di dalam golongan yang sedikit itu (golongan yang bersyukur) 

Wassalam~

Golongan yang kita susah untuk berlaku adil ......

Assalamualaikum akhwat fillah. Salam mujahdah adik-adik akak yang akak sayang kerana Allah insyaAllah..

For those yang pergi Perkampungan Tarbiyah pasti tahu apa yang akak bakal sharekan .Something to think and something to ponder untuk akak especiallynya .Pengisian by ustaz faridul bertajuk Rabbaniyah Dakwah memang mantap!!(dah 2 x dengar actually :p)

Tapi bukan itu yang akak nak share, akak nak share mukadimah yang ustaz bagi before masuk kepada tajuk
Akak datang lambat, so xtau sejauh mana akak ketinggalan. Akak nak share tentang 2 golongan yang kita susah untuk berlaku adil. Afi,Arina, Odah still ingat??? Harap antunna boleh tolong top up kan k. (Jazakillah in advance) “Baliighu annii walau ayyah..!”.  ===> “sampaikan walaupun hanya satu ayat”. 

2 golongan yang kita susah berlaku adil

1) Golongan yang kita sayang (diri sendiri, keluarga, mad’u/mutarobbi, murobbi, usrahmates, akhwat, kawan baik, etc…)

ـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُہَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ‌ۚ إِن يَكُنۡ غَنِيًّا أَوۡ فَقِيرً۬ا فَٱللَّهُ أَوۡلَىٰ بِہِمَا‌ۖ فَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلۡهَوَىٰٓ أَن تَعۡدِلُواْ‌ۚ وَإِن تَلۡوُ ۥۤاْ أَوۡ تُعۡرِضُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرً۬

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (4:135)

Ini persoalan yang timbul dalam fikiran akak sebaik sahaja ustaz cakap pasal golongan ini. Akak fikirkan antunna (orang-orang yang akak terlalu sayang. InsyaAllah). Sebab apa? sebab antunna la harta akak.Harta yang lagi berharga dari duit emas atau segala. Apa yang akak terfikir??

"Ya Allah..Adakah aku adil terhadap mereka atau aku terlalu ikut kata mereka kerana sayang sedangkan aku patut bertegas kepada mereka (tetapi tidaklah sampai menolak hak kemanusiaan mereka) untuk dakwah dan tarbiyah mereka??" 

"Mungkin kalau tiada unsur2 emosi mereka akan lebih laju dalam jalan ini.. x boleh2..Rasulullah pun suruh berkasih-sayang.. ada bnyk dalam al-quran + hadis tentang kasih sayang sesama muslim" (monolog)

Ntah apa-apa kan akak ni....huhuhu..tapi tu la yang terjadi waktu ustaz cakap. dan waktu tu fikiran akak ligat berfikir apa yang akak dah buat dekat antunna.. Risau sebab khilaf akak, akak berlaku tidak adil pada antunna. Tidak kira pada yang join PT atau tidak. Mungkin pada yang join PT akak terlalu mendesak pada antunna untuk hadir sampai lupa untuk konsider hak kemanusiaan antunna (ok..harap arina boleh terangkan ..perempuan mengandung tu) dan pada yang xjoin PT mungkin sebab terlalu sayang kan, akak xcuba untuk tanya dan clearkan sebaik mungkin kenapa antunna xdatang. Mungkin akak boleh bantu masalah antunna so that you can join that PT (tapi akak menerima alasan antunna bulat2..mungkin sebab terlalu sayang or mungkin sebab akak percaya sangat pada antunna). Asif jiddan adik-adikku andai akak tidak berlaku adil pada antunna. Khilaf akak. Allah dah takdirkan akak dengar pengisian ustaz semalam pasti Allah ingin memberitahu sesuatu pada akak, pada yang mendengar juga (afi,arina,odah) dan pada antunna juga yang baca post ini. Allah tidak akan jadikan sesuatu itu sia-siakan .. :)
 “Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang menjadi tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata), Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia” (Al-Imran : 190 - 191)

Jadi, Allah tidak akan takdirkan kita semua dengar/baca tentang 2 golongan ini kalau bukan untuk refleks pada diri kita sendri terutamtna




2) Golongan yang memang kita benci (ni akak nak mintak ODAH, ARINA dan AFI terangkan...untuk yang kat atas pun kalau antunna nak tambah sila2)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (5:8)


p/s : Bagi akak untuk berlaku adil pada orang yang kita sayang lagi susah dari orang yang kita benci...Sebab kalau kita benci, kita dah tau mende tu xbaik (which is benci orang tu x baik) so kita akan cuba gak untuk berlaku adil. Tapi kalau untuk berlaku adil pada orang kita sayang, sometimes kita xsedar pun yang kita berlaku x adil pada dia.. 

Jangan pula kita jadi macam ni

"Bila kitamenyayangi seseorang, kita meletakkan dia di petala ke 7,
Bila kita mula membenci seseorang, kita letakkan dia di bumi dan dipijak-pijak"


lupakah kita pada kata-kata Rasulullah

“Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat
nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu
pada suatu saat nanti.” -dipetik dari virus-virus ukhwah-

Kau Pemilik

Pemilik alam,
setiap daun yang gugur
kau tahu,
setiap angin yang bertiup 
kau perintah,
aku tak mampu sembunyi
pasti kau ketemu.

Pemilik hati,
setiap niat ku terlintas
kau mengerti,
setiap ragu ku alami
kau fahami,
ingin dipahat namamu di hati
walau sukar,
tak mudah hilang.

Pemilik nyawa,
setiap alir darah ke jantung 
kau pelihara,
setiap nyawa yang terancam
kau jaga,
terasa kecil tika di sisimu
tak mungkin dapat mendabik dada.


Pemilik segalanya,
Kau sentiasa melihat,
Dari sekecil zarah
hingga seluas lautan tak berpenghujung.
Namun,
kenapa masih ada yang lalai?

copyright reserved. nukilan>> al-insyirah
buat muhasabah kita semua  ^_^