Assalamualaikum kawan2 =)
Dah lama dah ni saya tak post apa2…tapi hari ni saya nak share tentang something..InsyaAllah~
1 ISLAM..saya rasa sebelum kita tumpukan dekat saranan 1 Malaysia, baik juga kalau kita ambil perhatian pasal 1 Islam plak..Ermm, apa maksud saya sebenarnya eh?
Sebenarnya, baru-baru ni saya tengok berita..ada 1 isu serius yang menarik hati saya untuk share dengan kawan2 semua..cuba teka isu ape?jeng,jeng,jeng!
isu yang saya maksudkan adalah isu Syiah yang menjadi2 dalam masyarakat Islam sama ada di Malaysia atau di negara-negara Islam yang lain..kawan2 ada tengok tak berita pasal tu?Alaa…yang ada tunjuk orang2 kepercayaan Syiah pukul badan diorang sampai darah2 tu..tak tengok ke?Hm, yang jelas di mata saya, diorang tu macam sama pulak dengan orang yang menyambut Thaipusam,yang cucuk2 badan tu..tapi yang ni lain sikit,diorang pukul badan sendiri pulak..macam2 la diorang ni kan..takkan nak samakan Islam dengan Thaipusam pulak?
“Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang di langit dan bumi berserah diri kepada-Nya, (baik) dengan suka mahupun terpaksa, dan kepada-Nya mereka dikembalikan?”
(Ali Imran 3:83)
Then, after saya tengok berita tu, saya sedih sangat..kenapa? sebab, sedang kita sibuk2 dengan 1 Malaysia, Islam pulak dah berpecah belah dengan banyak kepercayaan..bukan ke Islam sepatutnya 1? Panduan kita pun SATU kan iaitu Al-Quran..tapi kenapa Islam berpecah macam ni??? Tuhan kita pon SATU kan iaitu ALLAH..jadi, kenapa jadi macam ni?? Saya sedih sangat sebab kita, umat Islam masih lagi tak mampu nak bersatu hati, dengan satu akidah, dengan iman yang teguh..mungkin sebab tu la ada certain negara yang dipanggil negara Islam tapi masih tiada ciri-ciri Islam langsung……
Lepas laporan berita tu pulak,ada sedutan interview dengan Ustaz Hassan Din Al-Hafiz yang memberi ulasan tentang ajaran Syiah ni selepas peristiwa tangkapan orang yang menjalankan ajaran Syiah di Selangor secara rahsia. Kata Ustaz Hassan,
“Islam itu open. Kalau nak belajar, tak perlu rahsia-rahsia, tak perlu senyap-senyap, biar semua orang tau pasal Islam…”
Saya tersangatlaaa setuju dengan Ustaz Hassan..kenapa nak sembunyi2 kalau Islam tu benar, kalau Islam tu indah…sebarkan Islam secara meluas..zaman sekarang ni, ada ke orang nak bunuh kita kalau kita cerita pasal Islam?(except di certain tempat la kan) paling tidak pun, kita kena marah. Dan kalau kita bernasib baik pastu Allah pun tolong kita, kita akan dipuji (atau pada hakikatnya ISLAM itu sendiri yang dipuji) Ingatlah kawan2, Allah ada bagitau dalam surat cinta-Nya;
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
(Muhammad 47:7)
Fikir-fikirkan lah =) ISLAM ITU SATU!
with luv from: Al-Insyirah =)
0 comments:
Post a Comment