Ukhuwwah

Salam adik2. Saya al-a'diyat-Sape? Rahsia :)

Rasa x kita ni sedang ber-ukhuwwah. InsyaAllah.

Beza ukhuwwah dengan sahabat tahukan. Haritu, year 2 dah bincang tajuk ni.
Sahabat, berkawan biasa2 je.
Tp ukhuwwah dibina based on keimanan. Dia akan sentiasa bersahabat dengan kwnnya itu selagi x tercabut keimanan seseorg. Dan dia juga xkan biarkan keimanan mereka tercabut.

Ok. Saya (saya?) rasa seronok sgt jumpa antunna sekalian, walaupun sebelum ni x rasa akan jd rapat, n insyaAllah akan bertambah rapat.

Baiklah, saya (again, saya? hmm) nak share tips2 yg boleh rosakkan ukhuwwah.
dah bina elok2, bukan senang nak bila ukhuwwah. Tp nak rosakkannya, percayalah senang je..

1. Tamak Dan Rakus Terhadap Dunia, Terhadap Apa-Apa Yang Dimiliki Orang 
Lain.


Rasulullah SAW. Bersabda; 
" Zuhudlah terhadap dunia, Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang 
dimiliki oleh manusia, mereka akan mencintai kamu. " 
HR Ibnu Majah 

Zuhud terhadap apa yg dimiliki manusia maksudnya kita x mudah meminta kpd seseorg kecualilah kita dalam keadaan keterpaksaan yg amat sgt. dalam erti kata lain, jgn menyusahkan org lain, ya tak?
InsyaAllah sama2 praktikkan. 
Tp sbg shbt kne ingt, selemah2 ukhuwwah ialah berlapang dada, dan setinggi2 ukhuwwah ialah melebihkan sahabat dari diri sendiri.

InsyaAllah, sama2 kita cuba capai setinggi ukhuwwah :)

2.  Maksiat Dan Meremehkan Ketaatan
dalam berukhuwwah, kenalah ada yg menasihati dan yang dinasihati.
kalaulah, katakan ada 2 org sahabat ni dah lama x jumpa. n dulu si A ni jenis nakal2 sket, tp skrg dah berubah sedikit demi sedikit kearah kebaikan. Si B, lebih kurg mcm dulu jugak kot, si A pon x tau. Bila dah msuk waktu solat, si A ni nak solat, tp dia segan nak ckp kat si B for example time tu dorg tgh shopping, dia segan nak ckp kat si B nak solat dulu. (ni contoh je tau, applicable tu any situation).
Segan, malu2 kucing sume2 tu akhirnya terlambatlah solat mereka, hanya kerana xde siapa yg nak utarakan cadangan solat awal. hmm......
*alamak, mcm x sesuai je contoh ni*

tp lebih kurg mcm tula. kalau dalam bersahabat, xde siapa yg nak menasihati, maksudnya dua2 terhanyutlah. mcm mana nak bersahabat hingga ke syurga kan? ada de tour plak kat tgh2. InsyaAllah, marilah berukhuwwah di jalanNya yg lurus ;)


3.  Tidak Menggunakan Adab Yang Baik (Syar'i) Ketika Berbicara

Hm.. yg ni mcm biasalah. Rasanya, dalam ahli2 asadullah91 ni, xde pon yg saya terasa. saya senang bangat dengan kalian.


" Dan katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada hamba-hambaKu ( yang beriman ), 
supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik ( kepada orang-orang yang 
menentang kebenaran ); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka ( 
yang mukmin dan yang menentang ); sesungguhnya Syaitan itu  
adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. " 
Q.S Al-Israa? : 53 

4.  Banyak Bercanda Dan Bersenda Gurau

"Banyak bergurau itu akan merendahkan martabat seseorg dr mata org lain. Dari segi yang lain pula, terlalu byk bergurau dan berjenaka akan menjadikan hati seseorg kurang sensitif" dari Sinergi-Hilal Asyraf

Ok, kalau ada yg bergurau terlebih2 ni, kenalah sama2 tegur, InsyaAllah.


5. . Berbisik-Bisik ( Pembicaraan Rahsia )


Rasulullah bersabda; 
" Jika kalian bertiga, maka janganlah dua orang di antaranya berbisik-bisik tanpa 
mengajak orang yang ketiga kerana itu akan dapat menyebabkannya bersedih. " 
HR Bukhari dan Musli

hmm.. kalau nak share, kita share dengan SEMUA sekali ehh.


Ok, terpanjang la pulak post ni., InsyaAllah, ada ibrah yg boleh dikutip.
If anybody beg to differ or nak add points/elaboration sila2kanlah. saya masih belajar :)


4 comments:

waaaa...
tertanya2 siapakah gerangan al-adiyat ini??

100: 1] Demi Kuda-kuda yang tangkas berlari dengan kedengaran nafasnya kencang.
[100: 2] Dan demi Kuda yang mencetuskan api dari hentakan kakinya.
[100: 3] Dan demi kuda-kuda perang yang meluru menyerbu musuh pada waktu pagi.

[100: 4] Sehingga menerbangkan debu berkepul-kepul.

[100: 5] Lalu dengan kepulan debu itu ia menggempur di tengah-tengah kumpulan musuh.


Subhanallah....

Yup!!!!
ukhwah memang indah andai ia berlandaskan iman


-An-Nur-
(Saya pun asadullah91 gak ;))

 

salam..whoa.... :)

ukhwah..mmm,sy bkn tmasuk dlm asadullah91...jap,tu nama group ker? hehe...:P

sy tmasuk dlm asadullah91 tu,tp boleh x sy nk berukhwah gak? huhu....

hmmm,bru sy sedar..sy bce tbalik..haha..;P sy bce dr atas ke bawah rupenyer..xper la..hehe....

sy nk berukhwah jugak... tp sy xkenal spe2 pn...cme tahu ada nama2 surah ni..hmmm....xper2...step by step...

sumtimes,sy rse,sy mmg byk sgt berguraula..huhu...hmmm,kne kurangkn ni ikan comel..ok...i-Allah....^_^

 

Salam Ikan yang Teramat Comel..
Yg ni faktor2 yg boleh rosakkan ukhuwwah, so boleh je applicable kat mne2.
Xknal sape2? hmm.. rasenya byk je kat sekeliling awak org yg boleh berukhuwwah. Classmates, usrahmates, ramai je. Kita xle pandang usrahmates je, kan org islam tu bersaudara. So, boleh berukhuwwah dgn mne2 org Islam laah. Tp, nak bina ukhuwwah ni perlukan kesabaran dn pengorbanan. Ye tak? InsyaAllah, kita sama2 doa Allah permudahkan semuanya..

Kita berukhuwwah so that kita bersama2 dgn rakan2 boleh berpimpinan tgn ke syurgaNya-ambik ayat dr novel :P
so boleh perbaiki diri along the way
InsyaAllah :)

 

ngeee~~~ comel! :) jazakillah...i-Allah,,, ^_^