"Unais, dah buat ke ape yang aku suruh tadi dear?...."
wah,lembut betul tutur kata ni..siape eh yang cakap ni? isy, kalau lemah lembut macam ni tentulah tak lain tak bukan contoh terbaik di dunia ni, NABI MUHAMMAD S.A.W.(dialog ni lebih kurang je tau,bukan exactly Rasulullah cakap macam tu...hehe).
Malah, Unais tu adalah nama manja bagi seorang insan yang sangat2 menyayangi Nabi Allah ni sejak dari kecil lagi, Anas Bin Malik. Ibunya, Ummu Sulaim (Rumaisa) telah menerapkan kasih sayang terhadap Rasulullah sejak beliau kecil lagi dan semasa Rasulullah sampai di Madinah sewaktu hijrah, Ummu Sulaim yang tidak mempunyai harta selain anaknya, telah memberi Anas bin Malik sebagai hadiah untuk berkhidmat dengan Rasulullah.
So, Anas bin Malik pun tinggal dengan Rasulullah selama 10 tahun. Antara pengalaman Anas bin Malik yang sangat diingati adalah apabila Rasulullah meminta Anas ke pasar untuk membeli sesuatu tetapi Anas ternampak budak2 lain tengah bermain, jadi Anas bermain bersama diorang. lepas tu Rasulullah datang and cakap dekat Anas dialog yang kat atas tu :) dengan senyuman. barulah Anas pergi buat apa yang diminta oleh Rasulullah tadi. dari pengalaman ni, Anas bin Malik sangat kagum dengan kelembutan, dan sifat Rasulullah yang sangat penyayang dan menurutnya, sepanjang beliau tinggal bersama Rasulullah, tak pernah sekali pun Rasulullah marah dia dan masam muka dengan dia. Rasulullah treat Anas macam anak sendiri, siap ada nama manja lagi...wah,bestnya!!!
lagi satu, Abu Hurairah pula pernah berkata yang dia tak pernah tengok sesiapa yang beribadat mirip Rasulullah melainkan Anas bin Malik! untungnya Anas bin Malik kan sebab dapat duduk dengan Rasulullah n dia tak sia-siakan waktu 10 tahun bersama Rasulullah tu..Anas bin Malik dah meriwayatkan 1286 hadis dan mewarisi keperibadian Nabi Muhammad.
masa tulis post ni, tiba2 teringat kata-kata seorang sahabat yang saya tak dapat nak lupa:
"Maha Suci Allah kerana menjadikan Rasulullah S.A.W. tu contoh yang terbaik untuk umat, bukan kita contoh terbaik. kalau kitalah contoh terbaik, maka rosaklah umat zaman sekarang."
ok, sekarang saya nak habiskan cerita Anas bin Malik ni sebab nak bagi Arina pulak yang topup ye.
__________________________________________________________________________________
Next, cuba korang buka surah At-Taubah ayat 80 hingga 90.
keseluruhan 11 ayat ni menceritakan tentang orang-orang munafik. masa usrah online semalam, saya rasa takut sangat bila baca ayat2 ni..sebab saya takut tergolong dalam golongan munafik. dalam ayat2 ni, dapat nampak sifat2 orang munafik yang suka memberi alasan untuk tak pergi berperang dan cakap tak serupa bikin. dan yang paling saya takut, dalam ayat2 ni ada menyatakan yang walaupun orang2 munafik tu tiba2 nak ikut perang, Allah suruh Rasulullah cakap kat diorang yang keputusan diorang untuk tarik diri daripada berperang sebelum tu tak boleh diubah lagi. tiba2 saya terfikir, even orang kafir yang masuk Islam pun Allah terima taubat mereka. tapi Allah cakap dalam ayat 80, walaupun Rasulullah minta keampunan untuk orang2 munafik 70 kali pun,Allah takkan ampunkan mereka. maknanya, orang munafik lagi teruk la daripada orang2 kafir yang nak bertaubat. betul tak?
tapi tentu ada kawan2 yang fikir, kita zaman sekarang mana ada perang kan.so tak wujud la situasi untuk tak pergi berperang. hmm, cuba kawan2 fikir lagi sekali, Rasulullah perang dulu untuk apa?tegakkan agama Islam kan? so, pada zaman sekarang ni kita masih perlu tegakkan agama Islam. dengan apa? insyaAllah, dengan tunjukkan contoh yang baik sebagai seorang Islam, menentang perkara2 yang bertentangan dengan Islam, menyebarkan agama Islam, amar makruf nahi mungkar dan macam2 lagi. jadi, kalau ada di antara umat Islam yang hesitate untuk buat semua tu, bukan ke sama je keadaannya dengan menarik diri daripada berperang? sama je kan? so, fikir-fikirkanlah ye shuk! kawan2 pun fikirkan sama2 dengan saya..muhasabah~ walau apa pun alasan, tugas kita sebagai abid (beribadah) dan khalifah (amar makruf nahi mungkar) tak boleh diabaikan.
jadi, mari kita refleksi diri, evaluate hati dan perbaiki iman. InsyaAllah
(saya harap, sahabat saya Arina boleh topup2 apa yang tak lengkap ye)
Antara dua pilihan
3 years ago
3 comments:
jazakillah afi :))
moga kita xtergolong dlm klgn orang munafik insya-ALLAH
jihad fisabililllah bkn hny dengan berperang tp juga dgn ilmu :))
wlaupun kita xdpt berperang, kita still boleh berperang dgn ilmu which is ape yg kita buat skrg..
wallahua'alam
akka rasa itu adalah shuk
:)
a'ah..ni shuk..hehe xpe2...afi pun share jugak dlm uo kite
Post a Comment