Surat cinta untuk ukhti fillah

Surat cinta akak untuk kesayangan-kesayangan akak. ... Sekadar peringatan untuk akak sendiri dan adik2 akak ....


Ya habibati,
  • Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
  • Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
  • Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat 
  • Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
  • Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
  • Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
  • yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
  • yang cepat mengalah,
  • yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
  • yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
  • Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
  • Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
  • Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
  • Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
  • Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
  • Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
  • Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.



Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.


Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.


Berbahagialah seadanya.


Akak menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “akak busy..akak sibuk..akak penat..akak letih..”
Adakah ini petandanya akak  terlalu manja?


Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

keluarlah dari zon selesa, masukkan diri ke dalam medan jihad kita.
berhentilah menangis, dan teruskan langkah, tidak ada yang akan menunggu kita jika kita terlewat.




=================================================================
Adik-adik akak sayang,


Rasa berat ke selepas membaca ini semua..
Jangan risau adikku
Kerana Allah sentiasa bersama kita
Lupakah adik2, ayat cinta dari Allah


Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7) 


adik2 orang beriman kan??? rasalah bahawa ayat2 itu untuk adik2 :)


“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)


”Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar”(Ath Thalaq:2) 


”Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya.”(Ath Thalaq:4)


”Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al Baqarah : 214)


 ”Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang – orang yang beriman.” (Ar Ruum : 47)


Barangsiapayang bertaqwa kepada Allah,nescaya dia akan menyediakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan(yang dikehendaki)Nya.Sesungguhnya Allah menentukan setiap sesuatu” (Al-Talaq:2--3)


Adik2 sayang
xcukup lagi ke ayat2 cinta Allah ni
Masih xyakin dengan janji ALlah?.....
Ayuh kita duduk dan beriman sejenak ... :)


Uhibbukifillah abadan abada insyaAllah





8 comments:

=) ayt cinta dari Dia, sangat2 bermakna.takkan mampu ditndingi oleh sesiapa pun.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

sentap dgn tiga ayt ni...huhuhT_T

 

kak fara ke yg tulis..
waaaaaaaa....
sy suke..x rugi follow..
hehe..jzkkllah
walaupun sy menyibuk je..
tq..walaupun bkn dituju pada saya

 

Arina. kak farah jzkk :)

umai: kami sentiasa mengalu2 kan kedatangan readers :)

 

Jazakillah kak fara
peringatan buat hati yg dhagakan peringatan agr tidak terus tersasar :))

 

owh umai..yang tengah2 bukan akak tulis
akak tulis intro and conclusin je
;)

 

huhuhu...wlupn sy mcm umai, pakai sergah,serbu,lawat,dn tgk2 jer.... tp...cm,betul2 tersentak kt hati ni...huhu...T_T

tp,sy selalu tertanya2... ape yg boleh sy buat? hmmm.... sy cm xtahu langkah yg boleh diambil utk itu...huhu...wlupn sy tahu tanggungjawab ini sgt berat...huhu...

ape la, belajar jauh2, belajar tinggi2....tp,benda cmni pn xleh pikir ker??? huhu...sy terasa cm diri sy adlh tergolong dlm golongn yg 'manja' itu...huhu...T_T

xnak!!!!! huhuhuhu......

 

ikan comel
bila nak balik m'sia??
nnt leh singgah rumaisak
akak bawak awak jumpa adik2 akak insyaAllah
:)

 

k.fara :) mmg rse nk blk mesia...huhuhu... tp,i-Allah thn depan....:) insyaAllah...