UO - MUNAFIK.

Salam semua. Tadi ada usrah on9 (UO). Kwn2 yg xdpt join, jgn sedih2, sbb yg paling penting is kita dpt apa yang terkandung dalamnya. Jumpa tu bila2 boleh jumpa, insyaAllah.


Maaf kalau ada kekurangan. Shuk, tolonglaah tambah. kak Fara pon dialu-alukan nak tambah. Mintak maaf jugak saya mcm blurr skit td, insyaAllah sy akan cuba sampaikan apa yg saya dpt dr UO 16 Dec. 

Ok, kami tadabbur surah At-Taubah (9: 80-90). Hmm xde al-Quran eh skrg. xpe2. Ana dh letak translation kat bwh ni. and tgh2 tu ada sedikit ulasan :)

Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah sama saja). Kendatipun kamu memohonkan ampun bagi mereka tujuh puluh kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi ampunan kepada mereka. Yang demikian itu adalah karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik (QS 9:80)
Astaghfirullahulazim, lihatlah Allah x ampunkan orang yg munafik. Moga2 kita tak tergolong dalam kalangan ini.  

Orang-orang yang ditinggalkan (tidak ikut berperang) itu, merasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah, dan mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: `Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini`. Katakanlah: `Api neraka Jahannam itu lebih sangat panas (nya)`, jikalau mereka mengetahui.
(QS. 9:81)
Pernah x terfikir, kalau kita ketinggalan untuk ikut berperang, kita gembira. Contohnya, apabila kita tiba-tiba ada alasan untuk tidak ikut berjuang dengan rakan-rakan kita, kita rasa bagai terlepas darinya? Na'udzubillah

Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.
(QS. 9:82)


Maka jika Allah mengembalikanmu kepada satu golongan dari mereka, kemudian mereka minta izin kepadamu untuk keluar (pergi berperang), maka katakanlah: `Kamu tidak boleh ke luar bersamaku selama-lamanya dan tidak boleh memerangi musuh bersamaku. Sesungguhnya kamu telah rela tidak pergi berperang kali yang pertama. Karena itu duduklah (tinggallah) bersama orang-orang yang tidak ikut berperang`.
(QS. 9:83)


Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.
(QS. 9:84)
Betapa Allah menghina orang-orang munafik...


Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka, dalam keadaan kafir.
(QS. 9:85)


Dan apabila diturunkan sesuatu surat (yang memerintahkan kepada orang munafik itu): `Berimanlah kamu kepada Allah dan berjihadlah beserta Rasul-Nya`, niscaya orang-orang yang sanggup di antara mereka meminta izin kepadamu (untuk tidak berjihad) dan mereka berkata: `Biarkanlah kami berada bersama orang-orang yang duduk`.
(QS. 9:86)


Mereka rela berada bersama orang-orang yang tidak pergi berperang, dan hati mereka telah dikunci mati, maka mereka tidak mengetahui (kebahagiaan beriman dan berjihad).
(QS. 9:87)
Apabila nikmat iman x dpt dirasa, kita rasa sgt susah nak berangkat. Kita x rasa pun benda tu sebnrnya amat penuh nikmat, bila kita hanya pandang je dr jauh. Tp, kalau kita dah berkumpul bersama, baru kita rasa nikmat iman tu mcmmana. Nak berangkat tu mmg susah, dengan halangan dr nafsu dan syaitan. Tp nak beristiqamah tu lebih susah. Tp insyaAllah, kalau kefahaman ada, semua benda akan dipermudahkan
 

Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersama dia, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh kebaikan; dan mereka itulah (pula) orang-orang yang beruntung.
(QS. 9:88)


Allah telah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
(QS. 9:89)


Dan datang (kepada Nabi) orang-orang yang mengemukakan uzur, yaitu orang-orang Arab penduduk padang pasir agar diberi izin bagi mereka (untuk tidak pergi berjihad), sedang orang-orang yang mendustakan Allah dan Rasul-Nya, duduk berdiam diri saja. Kelak orang-orang yang kafir di antara mereka itu akan ditimpa azab yang pedih.
(QS. 9:90)


Ok, kan last entry afi dah post pasal org munafik. So, nak tambah sikitlaa. Dalam konteks kita mmg dah tak berperang sekarang ni. (ok, skrg tiba2 rasa berat pulak topik ni. doakan kita sama tsabat di jalan ni, insyaAllah). Dulu, Rasulullah berperang sebb apa? Nak sebarkan islam tu sendiri kan. sbb last2 bila pemimpin negara tu masuk Islam, rakyatnya pun akan turut sama. 


Tp sekarang, perasan tak kita pun berperang, tp bukan berlawan pedang, tapi paling kurang ialah kita berperang dengan nafsu kita sendiri. NAFSU, itu semua adalah di peringkat individu. Kalau kita pergi tinggi sikit, kita hidup dalam masyarakat. Jadi kita berperang untuk memastikan seluruh ahli masyarakat ni faham islam. Bukan setakat lekat di kepala shaja. 


Lekat kat kepala?? 
Ok, cuba tengok, sekarang ni berapa ramai yang boleh list kan rukun iman, rukun islam?
Cuba tengok berapa ramai yang boleh bezakan mana yang haram mana yang halal.


Tp, cuba kita reflect diri masing2, adakah kita benar2 faham Islam. btulkah kita ada keimanan sebenar2 keimanan?


Ok, jom tinjau sejarah sikit. Ingt lg tak Perang pertama umat islam iaitu PERANG BADAR?


OK, ingat kan? Tp sy nak cerita sikit. Perang ni, x diduga pun oleh Rasulullah SAW. Time tu, umat islam ada 313 org yg sertai perang tu and kuda pulak ada 2 ekor shj. ORG KAFIRUN? Meraka ada 1300 org yg sertai perang tu plus 100 ekor unta!!! Lagi2 pulak time tu time Ramadan. Cuba bygkan, dekat padang pasir yg panas terik, tgh berpuasa dan perlu ber[erang!!! Apakah yang membuatkan mereka tidak keluar dr medan perang? KEIMANAN. 


Dimana, keimanan ini jugaklah akhirnya membawa kepada kemenangan, KEMENANGAN YG BESAR BG UMAT ISLAM. SUBHANALLAH.


Ok, boleh relate tak? Dulu, orang2 islam berjaya kerana mereka sangat faham tentang islam. Faham sebenar2 kefahaman akan tanggungjawab mereka sebagai khalifah d bumi Allah, dan tanggungjawab itu masih dipegang oleh sekalian manusia. InsyaAllah, kita adalah dalam kalangan mereka yang melaksanakan tanggungjawab itu. 


Walaupun begitu, nak jalankan tanggungjawab ni, ilmu sahaja tak cukup. Al-Quran dan sunnah adalah sumber rujukan kita. Tp, kalau nak menyampaikan ni, kita kena faham ilmu tersebut dengan hati, insyaAllah, barulah sampai ke hati-hati lain. Al-Quran, bukan setakat dibaca begitu sahaja. Ada je org faham bhsa Arab, tp still x berpegang pd tali-Nya, yakni perintah-perintah Allah. Sebabnya ialah, Al-Quran perlu dihayati dengan hati, dan sejarah penurunan perlu juga dikaji barulah kita faham situasi penurunan ayat tersebut dan insyaAllah seterusnya kita beriman dengan ayat tersebut.


Ok, nak share ayat sket lg At-Taubah ayat 75-77


Dan di antara mereka ada orang yang berikrar kepada Allah: “Sesungguhnya jika Allah memberikan sebagian dari karunia-Nya kepada kami, pasti kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang saleh”. (QS. 9:75)


Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebagian dari karunia-Nya, mereka kikir dengan karunia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran). (QS. 9:76)



Maka Allah menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai pada waktu mereka menemui Allah, karena mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepada-Nya dan (juga) karena mereka selalu berdusta. (QS. 9:77)





Na'udzubillah, seseorang itu dikira munafik apabila cakapnya tak serupa bikin!!! Mata ini melihat tulisan ini adalah paling dekat tangan yang menaip. Astaghfirullahulazim. 

YA ALLAH, AMPUNKANLAH KAMI SEKIRANYA KAMI TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG TIDAK LAKUKAN APA YANG DIPERKATAKANNYA



Ok, stakat ni je kot. Shuk, mesti nak tambah apa2 kan? Rakan2 lain yang rasa ada pendapat atau nak betulkan apa2 silalah jgn malu jgn segan. kita masing2 sedang belajar. InsyaALLAH.

3 comments:

arina:
terima kasih atas pengongsian tu..ckup padat n trasa mcm join je UO smlm..alhamdulillah :)))

 

arina,
tentera musyrikin mulanya 1300, tp lagi 300 patah balik sebab x rasa ada keperluan sebab rombongna diorg selamat tiba ke mekah, wallahu'alam

 

ye ke. maaf2. jzkk ukhti :)