Sanah Helwah


SANAH HELWAH SYAHIRAH DAN ARINA



Alhamdulillah,kita masih lagi diberi pluang untuk hidup mendekati-Nya dan memperkuatkan ukhuwah sesama Islam...Alhamdulillah!
Sanah helwah diucapkan untuk Syahira dan Arina..Semoga panjang umur dan dilimpahkan dengan nikmat iman yg bpnjangan..(untuk semua jugak)
Ingatlah(especially u diri sendiri),kita hidup bukanlah sekadar main-main,bukanlah juga u dapat keputusan peperiksaan dgn cemerlang (kerana ada peperiksaan yg lebih besar sdg mnunggu kita), NAMUN, kita ada tanggungjawab yg sgt besar ; Khalifah dan Ibadah..sesuatu yg semakin dilupai masyarakat dunia sekarang..


 "        Benarlah sabda Rasulullah SAW:"Islam itu dimulai dengan kadaan asing,dan pada suatu saat akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu."

         Sahabat lalu bertanya:"Ya Rasulullah,siapakah orang yang asing itu?" Lalu Rasulullah menjawab:"Itulah orang yang berbuat baik sewaktu manusia berbuat kerosakan"                            "                             

Berdasarkan hadith ini, semoga kita semua menjadi salah seorang yang dikatakan asing itu..Selain itu,ingatlah juga kita ini merupakan rantai perjuangan Rasulullah dan sahabat..Namun,dalam meneruskan perjuangan itu,kita harus sentiasa membersihkan niat semata-mata kerana-Nya..Janganlah ada niat slain daripada itu..Satu hadith Rasulullah yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang menyentuh tentang natijah yg nampak seolah-olah Islami,tetapi terputus hubungan dengan Allah SWT..Nauzubillah, harap dijauhkan...
Terdapat tiga perkara(contoh):

1. Orang yg mati syahid.

  •  Ditanyakan tentang nikmat Allah,lalu diakui olehnya bahawa banyaknya nikmat Allah..
  •  Kemudian, ditanya lagi tentang perbuatannya terhadap nikmat tersebut..Lalu dia mnjawab ; "Saya telah berjuang untuk-Mu sehinggalah mati syahid."
  • Jawab Allah : Dusta engkau, tetapi engkau brjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu tlah pun terkenal demikian. Kmudian, diperintahkan supaya diseret ke dalam api neraka.                                

2. Plajar yg pandai serta mengajar al-Quran

  • Allah Yang Maha Mengetahui tidak menerima semua amalnya dan mengatakan bahawa amalnya itu bertujuan untuk terkenal sbagai qori.
  • kemudian diseret ke dalam neraka.


3. Hartawan yg suka menderma
  • disebabkan oleh niatnya yg brtujuan untuk dikenali sebagai dermawan.
  • Amalannya juga turut trputus hubungan dengan Allah dan dicampakkan ke dalam neraka..

Berdasar dua hadith ini, bersesuai dengan tibanya hari lahir rakan seusrah ini,marilah kita(espcially tuan empunya post), untuk memperbaharui niat dan objektif dlm hidup ini..InsyaAllah,kita akan dibantu oleh-Nya..
~ameen~
~ZAFIN~








1 comments:

jzkk ukhti untuk peringatan ni.
btul, khalifah n ibadah tanggungjawab kita. kalau x buat any of those, x bermakna hidup kita, x kiralah berapa lama pun kita hidup.
kalau masa tersebut x diberkati Allah, rugilahh kita. nau'dzubillah.
tp org yg nak buat baik, pasti akan diduga, mofa kita sama2 terus tabah, insyaAllahh :)